Fesyen Bawah RM100

Jelita - - Muka Depan -

1 LINDUNGI LEHER

Elak menyembur wangian terus ke leher kerana bahagian ini sebenarnya sensitif kepada selaran cahaya matahari. Malah, semakin meningkatnya usia, kulit di leher lebih mudah berkedut dan berdepan masalah hiperpigmentasi. Bila anda menyapu krim wajah, lanjutkan juga pada bahagian leher supaya ia juga mendapat perlindungan yang diperlukan.

2 RAMBUT KEKAL BERKILAUAN

Guna air basuhan beras untuk rawatan rambut yang tidak bermaya dan kering. Ini kerana beras mengandungi vitamin B yang mampu membekalkan kelembapan pada rambut anda. Caranya mudah, selepas bersyampu, bilaskan dengan air bersih. Kemudian tuang air beras pada rambut dan urut perlahan. Biarkan seketika selama lima minit sebelum membilas rambut sehingga bersih.

3 REDAKAN KEMERAHAN

Sapukan lapisan nipis yogurt Greek pada wajah selama 10 minit, seminggu sekali. Ini kerana ia mengandungi probiotik yang berfungsi sebagai antibakteria dan bahan yang menghindari rengsa, maka menjadikannya bahan yang mampu meredakan kulit sensitif dari kemerahan.

Sudah menjadi naluri wanita untuk tampil cantik dan sihat persis selebriti mahupun model. Ada pelbagai helah untuk mendapatkan hasil sebegitu. Lima helah mudah ini boleh membantu.

INFO: Yogurt Greek mengandungi asid laktik yang mampu menanggalkan sel kulit mati dan mencerahkan wajah anda!

4 SERI WAJAH SEMULA JADI

Baring dan juntaikan kepala ke bawah selama tiga minit setiap hari. Sebabnya? Darah yang mengandungi nutrisi dan oksigen mengalir terus ke wajah kesan daripada tarikan graviti bumi. Hasilnya, wajah kelihatan berseri secara semula jadi.

TIP: Air beras boleh disimpan dalam peti sejuk dan jangka hayatnya sehingga empat hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.