Cantik Bawah RM80

RUANG ILUSI

Jelita - - Muka Depan -

Siapa yang tidak mahu memiliki kediaman yang luas dan selesa. Jika anda tidak berpeluang untuk memiliki apa yang diidamkan, anda masih mampu mewujudkan ruang sedia ada agar tampak lebih luas dan selesa dengan sedikit sentuhan kreativiti.

RANCANG SUSUN ATUR PERABOT

Antara perkara yang boleh dilakukan ialah tempatkan perabot yang besar di sudut dinding dan jangan biarkan ia menghalang laluan. TUJUAN? Perabot yang diatur di sudut dinding akan memberi ruang maksima untuk anda bergerak dengan lebih mudah. TIP: Wujudkan ilusi lapang dengan memberi sedikit jarak di antara perabot dan dinding. Perabot yang disusun terlalu rapat ke dinding hanya akan menyebabkan ruang tampak kaku.

KEMASAN LANTAI DAN DINDING

Gunakan kombinasi warna rona cerah pada jubin lantai, dinding dan siling. Warna yang dipilih haruslah berbeza antara kedua-dua elemen, tetapi masih dalam kelompok warna yang sama. TUJUAN? Kombinasi serta kontras rona cerah pada lantai dan dinding akan memantulkan sinaran cahaya yang membantu ruang agar tampak lebih luas. TIP: Anda boleh menggunakan warna putih, tetapi jangan biarkan ia terlalu putih kerana akan memberikan impak pucat. Berikan sedikit rona off white supaya ruang itu dapat bersatu dengan kemasan lain.

Kediaman yang kecil tidak mustahil untuk tampak luas dengan sedikit trik dalam menata keseluruhan ruang.

HIASAN TINGKAP DAN JENDELA

Biarkan tingkap dan jendela anda tanpa langsir. TUJUAN? Pengalihan dan pengaliran udara serta cahaya dapat berlaku secara maksima. Ia juga memberi perasaan ruang kelihatan lebih luas. TIP: Pilih langsir daripada fabrik nipis yang masih membenarkan cahaya menembusi ruang sekiranya anda ingin mewujudkan ruang peribadi.

PEMILIHAN PERABOT DAN AKSESORI

Gunakan perabot yang sesuai dengan saiz ruang serta sebaiknya mempunyai kaki dan lutsinar. TUJUAN? Saiz yang sesuai dapat menjadikan ruang kelihatan lebih selesa. Pengaliran udara serta cahaya harus berlaku secara menyeluruh dalam sesebuah ruang. Rongga pada bahagian kaki perabot mampu memberi ilusi terapung dan lapang. TIP: Implikasi lutsinar hanya perlu digunakan pada barang dan aksesori tertentu seperti kerusi meja makan, meja kecil di tepi sofa dan gelas di atas meja makan.

Lagi tip menarik menghias kediaman idaman di

jelita.com.my/ dekor-rumah

Ariff Rijal bin PerekaHiasan ShamsulRijal DalamanKanan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.