Hias Rumah

Helah Cipta Ilusi Ruang

Jelita - - Muka Depan - Kenali Perkakasan

Terdapat pelbagai perkakasan memasak di pasaran, kuali dan periuk umpamanya bervariasi rekaannya dan tidak mustahil ia membuatkan anda keliru untuk membelinya. Sehubungan itu, apa yang boleh dilakukan bagi mendapatkan perkakasan sesuai dengan kegunaan yang anda inginkan, teliti dan ketahui fungsi perkakasan berkenaan terlebih dahulu. Perkakas memasak daripada aluminium misalnya, ia bersifat ringan, tidak menyimpan banyak haba dan panas dengan cepat. Keluli tahan karat pula berat, menyimpan banyak haba dan panas secara perlahanlahan. Tembaga adalah berat dan menyimpan suhu yang sangat tinggi, selain harganya juga sangat mahal dan perkakasan daripada tembaga adalah pilihan terbaik untuk menggoreng. Manakala besi pula adalah bahan klasik yang baik, bersifat berat dan agak mahal. Bagusnya, ia tahan lama justeru boleh diwariskan kepada generasi seterusnya.

Sebelum membeli kuali atau periuk, kenalpasti ‘identiti’ dan cara penggunaannya. Bila ada ilmu, tugasan dapur pasti jadi lebih mudah.

• Periuk sempit dan dalam direka untuk menyediakan stok dan mendidihkan pasta.

• Periuk rendah dan luas dengan asas keluli tahan karat yang tebal adalah untuk merebus dan membakar.

• Cast iron skillet terbaik untuk menyediakan stik dan burger.

• Crockpot adalah untuk memasak secara perlahan, seperti rangkaian Le Creuset.

• Saucier sederhana dikhususkan untuk membuat karamel, sos yang perlu dipukul dan juga mi segera. • Kuali tidak melekat pula untuk menyediakan telur dan telur dadar.

• Kuali keluli karbon perlu ada jika anda mempunyai dapur tekanan tinggi.

• Kuali rata pula untuk menyediakan crepe, lempeng atau hidangan yang memerlukan cara masakan plat panas. Keluli pembakar boleh digunakan untuk ini dan anda juga boleh menggunakannya untuk membuat piza di rumah. Jika boleh, dapatkan semuanya dalam saiz kecil supaya anda boleh memerangkap kelembapan atau menggunakan stim untuk memasak semua bahan dengan sempurna.

Chef Nik Michael Chef Selebriti & Pemilik Restoran Picknik Jenis kuali dan periuk serta fungsi yang mungkin sesuai dengan tugasan di dapur anda:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.