Pesona Solekan

Riasan Melodrama

Jelita - - Muka Depan -

Ramai berpendapat produk pencerahan berfungsi untuk memutihkan rona kulit, tapi sebenarnya ia mempunyai pelbagai fungsi lain bergantung kepada jenis produk. Impian untuk memiliki kulit cerah berseri sememangnya menjadi idaman wanita. Ada yang mengambil langkah melakukan perawatan laser. Namun, tahukah anda ada cara lain yang boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit yang diidamkan itu? Adunan dua bahan tertentu dan teknologi terkini mampu menghasilkan produk pencerahan yang anda boleh gunakan untuk mendapatkan hasil wajah cerah serta berseri.

Bahan Wangian Yang Mencerahkan Kulit

Dua bahan utama yang dimaksudkan itu adalah Rosenium dan elemen White Lilac. Rosenium adalah bahan wangian yang berkupayaan mencerahkan kulit. Selepas menganalisis lebih daripada 100 jenis wangian, Rosenium juga didapati berkesan mengurangkan pigmentasi. Diekstrak daripada minyak bunga ros Bulgaria, ia mempunyai haruman mawar yang kuat. Elemen White Lilac pula adalah bahan wangian dengan fungsi yang menenangkan. Berasal daripada Eropah Timur, bunga lilac mempunyai aroma bunga-bungaan yang berbeza. Elemen White Lilac yang diperolehi daripada lilac putih aromatik, ini mempunyai kesan santai dan menenangkan.

Pancaran Pencerahan

Kemajuan teknologi penyelidikan ke atas keunikan kulit dengan pigmentasi menghasilkan produk pancaran pencerahan berganda dengan tahap pencerahan yang lebih tinggi. Hasilnya, kulit menjadi segar dan membolehkannya kekal berseri. Ini kebaikan teknologi yang terdapat dalam rangkaian produk pencerahan Shiseido White Lucent terbaru. Hadir dalam empat produk iaitu White Lucent MicroTargeting Spot Corrector, White Lucent Multibright Night Cream, White Lucent Luminizing Surge dan White Lucent Luminizing Infuser. Setiap satunya mempunyai fungsi tersendiri yang bertindak mengikut masalah yang dihadapi. Antara masalah yang sering dihadapi ialah:

MASALAH KULIT: Tompok gelap berselerak. Penyelesaian: Guna produk White Lucent MicroTargeting Spot Corrector, RM434.60. Sebabnya: Serum baru ini membantu mengurangkan pelbagai jenis tompok gelap yang jelas kelihatan pada wajah dan menjadikan kulit sentiasa berseri. Kajian juga mendapati 81 peratus wanita merasakan serum ini lebih berkesan mengurangkan tompok berselerak pada seluruh wajah berbanding perawatan kosmetik.

Wajah kusam, kulit kering dan tompok gelap yang mencacatkan keadaan wajah sememangnya mampu mempengaruhi penampilan anda. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah ini menutupinya dengan memakai bedak asas yang tebal, namun adakah hasilnya nampak semula jadi?

MASALAH KULIT: Tompok gelap berselerak. Penyelesaian: Guna produk White Lucent Micro Targeting Spot Corrector, RM434.60. Sebabnya: Serum baru ini membantu mengurangkan pelbagai jenis tompok gelap yang jelas kelihatan pada wajah dan menjadikan kulit sentiasa berseri. Kajian juga mendapati 81 peratus wanita merasakan serum ini lebih berkesan mengurangkan tompok berselerak pada seluruh wajah berbanding perawatan kosmetik.

MASALAH KULIT: Pelbagai masalah penyahwarnaan termasuk parut jerawat, kekusaman, liang pori yang jelas dan rona kulit tidak sekata. Penyelesaian: Guna produk White Lucent MultiBright Night Cream, RM288.32. Sebabnya: Ia menggalakkan pemulihan semula jadi kulit pada waktu malam daripada kerosakan yang diterima pada siang hari. Krim ini membantu merawat tanda pelbagai jenis penyahwarnaan seperti tompok gelap, kekusaman, tona tidak sekata, parut jerawat dan liang pori yang jelas kelihatan.

MASALAH KULIT: Menghalang kemunculan tompok menjadi gelap semula. Penyelesaian: White Lucent Luminizing Surge, RM233.20. Sebabnya: Cetusan pencerahan emulsi ini mewujudkan lapisan yang melindungi kulit sementara merawatnya dengan menggunakan bahan intensif. Diformulasikan untuk mengurangkan tanda pigmentasi serta menghalangnya daripada berulang.

MASALAH KULIT: Tompok gelap yang tidak responsif kepada produk pencerahan. Penyelesaian: White Lucent Luminizing Infuser, RM201.40. Sebabnya: Losen pencerahan yang pekat ini mudah menyerap dan membantu mengurangkan tanda tompok hitam serta menghasilkan semula kulit yang cerah menawan.

Rosenium antara bahan yang digunakan dalam produk Shiseido White Lucent.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.