Nota Cantik

1,001 Kisah Wangian

Jelita - - Muka Depan -

* Bau wangian boleh buatkan anda rasa tenang. Kajian mendapati wangian dan emosi berkait rapat. Jadi sembur wangian yang tepat untuk dapatkan mood yang baik. Antaranya, wangian lavender untuk ketenangan dan sitrus untuk meningkatkan tenaga.

* Wangian yang dikeluarkan khas untuk lelaki kebanyakannya digunakan juga oleh wanita. Satu daripada tiga wangian lelaki dimiliki mereka yang gemarkan haruman kesturi.

* Jika mahu membeli wangian yang betul, rehatkan seketika hidung daripada menghidu pelbagai jenis haruman. Caranya, tarik nafas sedalam mungkin dan hidu biji kopi. Kemudian, barulah memilih wangian yang anda paling gemari.

* Setiap wangian boleh menghasilkan bau yang berbeza bila dipakai. Ini kerana baunya berubah bila disemburkan, bergantung kepada udara di sekitar dan keserasian pada kulit.

* Untuk mengunci haruman agar tahan lebih lama, sapukan pelembap pada bahagian tubuh yang biasa disemburi wangian.

1 Victoria Secret Very Sexy, RM369 (100ml), mengandungi nota orkid vanila dan midnight blackberry. Baunya cukup seksi dan menggoda.

2 Hasil adunan utama bergamot, mandarin dan nota hijauan menjadikan L’Occitane Cherry Blossom Folie Florale, RM188 (50ml), haruman yang mencetus rasa gembira bila memakainya.

3 Estee Lauder Modern Muse, RM307 (50ml), sesuai buat wanita dengan gaya feminin dan yakin. Harumannya mengandungi sedikit bau kayu-kayuan dan bunga-bungaan.

4 Bahan utama dari buah pir dan campuran ros, rempah kulit kayu manis dan lainlain lagi dalam penghasilan Bath & Body Works Japenese Cherry Blossom, RM179 ini menjadikan ia cukup unik sekali. Baunya ada renjisan manis, berempah dan buah-buahan.

5 Lancome Miracle, RM350 ini baunya seperti udara segar di pagi hari selepas hujan sebelum matahari terbit. Hasil adunan nota laici, freesia, jasmin, magnolia dan halia.

6 Campuran dari bunga ros dan vanila tahitensis orchid menjadikan Lancome La Nuit Tresor, RM318 haruman yang unik, misteri dan sukar dilupakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.