Nota Cantik

Wajah Cerah Berseri

Jelita - - Muka Depan -

KASIH BERPANJANGAN DENGAN ENCHANTEUR FOREVER LOVE EAU DE TOILETTE

Botol kaca rona kuning jingganya menandakan terungkai janji cinta abadi yang termeterai. Perjalanan kisah cinta semakin kukuh dengan momen istimewa yang dicipta bersama. Anda dan pasangan bijak mencipta waktu romantik bukan sahaja di rumah malah di mana jua.

HARUMAN SITRUS

Bermula dengan nota buah-buahan sitrus seperti bergamot, lemon dan limau mandarin berserta kemanisan cassis, nanas dan epal simbolik kepada permulaan sebuah perjalanan cinta yang manis. Ia kemudiannya mekar indah menjadi jambangan bunga mawar, melati, geranium dan freesia sama seperti mekarnya cinta sejati. Manakala suasana kesturi dan ambar melengkapkan wangian ini menandakan janji cinta sejati.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.