Suami Isteri

Mudahkah Memaafkan Pasangan Yang Curang?

Jelita - - Muka Depan -

Fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru bahkan sudah lama wujud terutama apabila terasa ‘kekal beku’ pada satu posisi. Seakan sudah hilang semangat untuk menonjolkan diri. Empat perkara berikut adalah punca utama menyebabkan seseorang mengalami isu di atas.

DRAMA MONDAY BLUES

Istilah ini sering dikaitkan dengan rasa bosan atau malas ke tempat kerja apabila tibanya Isnin. Berikut mungkin penyebab perkara ini terjadi.

Tidak cukup rehat atau tidur

Bagi mereka yang bekerja di pejabat dan terikat dengan waktu kerja bermula jam 9 pagi hingga 5 petang, kebiasaannya mereka akan mengambil kesempatan keluar bersama teman atau keluarga pada Sabtu hingga lewat malam. Tidak kurang juga yang gemar menghabiskan cuti dengan menonton televisyen hingga lewat malam dan sudah tentu akan tidur lambat. Maklumlah, mereka tidak perlu bangun awal untuk bekerja pada esoknya. Perkara ini akan berlanjutan hingga malam Ahad dan ini menyukarkan mereka untuk tidur dan bangun awal. KESANNYA mereka akan ke pejabat pada keesokan hari dengan berasa serba tidak kena, kurang segar dan tiada mood bekerja kerana

Berapa ramai di antara anda yang biasa mendengar rakan merungut atau mengadu malas untuk bekerja? Adakah anda mengenali seseorang yang sering mengambil cuti sakit setiap Isnin?

tidak mendapat rehat dan tidur yang lebih berkualiti.

CADANGAN MENGATASINYA

Sekiranya anda mengalami Monday Blues setiap kali tibanya Isnin, cara untuk mengatasi masalah ini cukup mudah. Pada setiap Ahad malam, anda digalakkan tidur awal. Kalau boleh, berada di katil dan bersiap sedia untuk tidur tanpa gangguan gajet seperti tablet termasuk telefon bimbit seawal jam 10.30 malam. Setiap orang lazimnya memerlukan waktu tidur antara tujuh atau lapan jam sehari. Apabila tidur awal, secara semula jadi anda dapat bangun awal keesokannya. Bukan itu sahaja, kelenjar pituitari yang mengawal banyak perkara dalam badan kita juga akan menjadi terangsang dengan optimum apabila tidur anda teratur.

Tersilap Kerjaya

Mungkin anda seorang yang mementingkan tidur dan rehat yang cukup tetapi masih mengalami masalah ini. Jadi apa yang tidak kena? Sindrom ini boleh terjadi dalam situasi di mana, anda melakukan sesuatu pekerjaan yang tidak serasi dengan diri atau personaliti anda. Sebagai pakar personaliti warna diri, saya sering berjumpa dengan individu yang mana personaliti mereka adalah personaliti biru. Ini bermaksud, individu ini seorang yang aktif dan perlu sentiasa bergerak. Sekiranya golongan ini membuat kerja melibatkan desktop, lama-kelamaan mereka akan mula berasa bosan dan terikat dengan kerja yang sedang dilakukan. Ini juga menyebabkan sindrom Monday Blues.

CADANGAN MENGATASINYA

Cuba kenali diri dan apakah karekter, kekuatan, kelemahan serta potensi yang ada dalam diri. Menerusinya anda mendapat jawapan kepada apakah kecenderungan personaliti anda. Bermula dari situ, anda boleh membuat pilihan kerjaya yang bersesuaian dengan personaliti diri. Seterusnya menjanjikan kepuasan dan kejayaan dalam jangka masa panjang.

RAKAN SEKERJA BERMASALAH

Faktor rakan sekerja yang bermasalah berupaya mempengaruhi seseorang di tempat kerja dengan mendalam. Sekiranya tidak diatasi dengan sewajarnya, boleh mendatangkan masalah yang lebih besar. Dalam kehidupan seharian kita pasti berhadapan dengan ramai orang dengan ragamnya. Termasuklah di tempat kerja seperti politik pejabat perselisihan faham antara rakan sepejabat dan macam-macam lagi.

CADANGAN MENGATASINYA

Sekiranya anda mengalami isu ini di pejabat, cara penyelesaian terbaik adalah cuba berkomunikasi dengan rakan yang bermasalah ini. Ini kerana mungkin dia sendiri tidak sedar bahawa perlakuannya menyakiti orang di sekeliling. Bagaimanapun, cara ini agak berisiko dan sukar dilakukan. Apatah lagi individu bermasalah itu seorang yang keras kepala dan tidak boleh ditegur atau dinasihati. Cuba praktikkan tiga tip berikut agar isu ini tidak terus menghantui anda di pejabat:

Bersyukur

Lumrah manusia, kita mudah lupa akan nikmat yang dianugerahkan Allah terutama apabila berhadapan dengan masalah atau perkara tidak diingini. Tetapi tidak kira betapa besarnya masalah yang dihadapi, penting untuk anda mengucapkan rasa syukur bagi perkara lain yang masih on track dalam hidup anda. Ini akan menyedarkan anda bahawa masalah yang dihadapi mungkin hanya meliputi 10 peratus keseluruhan hidup, manakala 90 peratus yang lain masih lagi baik. Jadi mengapa perlu anda biarkan 10 peratus tadi menguasai hidup dan kegembiraan anda?

Kekal positif

Secara semula jadi, sekiranya anda dikelilingi unsur negatif, pasti akan menyukarkan anda menjadi positif. Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah asingkan diri daripada persekitaran negatif itu. Benar, bukan mudah. Namun, penting untuk cuba melakukannya kerana aura negatif sangat kuat dan akan menyukarkan usaha anda untuk kekal positif. Jadi anda hanya berkomunikasi dengan rakan yang bermasalah tadi bila perlu sahaja.

Fokus Pada Diri

Rancanglah hari kerja anda setiap hari dengan baik. Senaraikan kerja yang perlu diselesaikan pada hari itu dan lakukannya satu persatu hingga selesai. Apabila anda sudah tahu apa yang perlu dilakukan, anda akan menjadi fokus pada kerja dan diri. Dengan menyibukkan diri, secara tidak langsung minda anda tidak akan terkesan dengan rakan yang bermasalah tadi.

Ketahui lagi tip maju dalam kerjaya di jelita.com.my/ tanya-pakar/ kerjaya-wang/

Shuhada Alauddin, Pengasas MYRYL dan Pakar Pembangunan Personaliti, terapi warna & analisis tingkah laku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.