Set wangian One Drop Perfumes

Bernilai RM280

Jelita - - Muka Depan -

Inginkan hadiah istimewa untuk diberikan kepada yang tersayang ataupun untuk diri anda sendiri sebagai ganjaran lelah bekerja? L’Occitane memperkenalkan koleksi wangian edisi terhad Folie Florale yang mengandungi gabungan minyak bergamot, mandarin dan green notes yang menghasilkan wangian harum dan menyegarkan. Folie Florale dicipta daripada ekstrak semula jadi yang unik diperolehi daripada bunga sakura dan dituai di kebun Luberon. Lihat sahaja rekaan botol wangian edisi terhad ini yang mempunyai bentuk menarik, sesuai buat wanita yang berjiwa ceria, berpersonaliti spontan dan sentiasa gembira. Selain itu, lengkapkan aturan penjagaan tubuh anda dengan menggunakan Petal-Soft Body Milk yang akan menjadikan kulit anda lembab, dengan tekstur baldunya mengeluarkan aura sakura nan mewangi. Dapatkan koleksi ini sekarang sebagai hadiah untuk yang tersayang Februari ini!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.