Set kecantikan Pevonia

RM512 bernilai

Jelita - - Muka Depan -

Murad jenama kecantikan terkemuka tampil dengan produk terbarunya untuk membantu memulih dan mengekalkan kelembapan kulit anda supaya kelihatan lebih muda dan berseri. Hydro-Dynamic Quenching Essence dirumus dengan bahan berpotensi untuk memaksimumkan penghidratan kulit seperti Mexican Blue Agave Leaf Extract yang dapat memulihkan keupayaan kulit dan menjadikan kulit lebih tegang. Selain itu, ia mengandungi Glycolic Acid yang bertindak membuka laluan penghidratan di kulit dan seterusnya menggalakkan pembaharuan semula jadi kulit anda. Kulit akan menjadi lebih lembut, gebu dan tegang. Manakala, Hydro-Dynamic Ultimate Moisture pula adalah krim yang menawarkan 24 jam penghidratan kepada kulit anda. Selain mengandungi teknologi Hyaluronic Acid, krim ini juga dirumus dengan Coconut Extract yang dapat mengekalkan kelembapan unggul dan menjadikan tekstur kulit lebih licin. Gabungan daripada Shea Butter, Avocado, Sunflower dan minyak zaitun membantu melembutkan serta memberikan perlindungan kepada kulit. Hasilnya, kedutan di kulit wajah akan berkurangan dalam masa satu minggu. Kekal cantik dan jelita dengan Murad Hydro-Dynamic, dapatkannya segera!

Menangi 7 Set Produk Kecantikan Murad Hydro-Dynamic Bernilai RM826 Setiap Satu!

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.