Panduan Karier

Malas Bekerja Hindari Stigma

Jelita - - Muka Depan -

Selain memberi ilmu dan kemahiran, anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga amat menggalakkan orang ramai untuk memberi barang secara percuma menerusi kempen free market. Pasar percuma ini bukan untuk orang kaya atau miskin, tetapi untuk mereka yang memerlukan. “Saya memulakan pasar ini bersama lima rakan yang lain. Kami memulakannya semata-mata mahu menggalakkan orang menderma atau bersedekah menggunakan barang yang mereka ada. Barang yang mereka sudah tidak perlukan atau tidak pakai lebih baik diberi kepada orang lain yang lebih memerlukan. “Sesiapa sahaja boleh mengambil barang dari pasar ini asalkan mereka memerlukannya. Minta baikbaik barang yang mereka mahu dan mereka akan dapat. Sebagai contoh, saya ada set golf. Jika set ini diberi kepada orang miskin, mereka pasti tidak mahu kerana mereka tidak memerlukannya. Tetapi jika ada orang kaya datang dan meminta set golf ini daripada kami kerana dia tidak mempunyai set golf sendiri, kami akan bagi. Kerana dia lebih berhak dan akan menggunakannya.” Tambahnya lagi, pasar ini juga bukan sahaja membantu malah merapatkan jurang di antara yang kaya dan kurang mampu. Sesiapa sahaja boleh datang dan ambil barang yang mereka mahu. Jika orang ramai ada barang yang masih elok dan sudah tidak menggunakannya lagi, mereka digalakkan untuk membawa barang mereka ke pasar ini. “Free market boleh dibuat di mana-mana sahaja tidak kira di tempat mewah atau kawasan pedalaman. Kami tidak hanya mahu mendidik orang untuk menderma, malah mahu mengajar orang ramai untuk meminta secara baik serta tepati masa. Individu yang mahu sesuatu barang perlu meminta secara baik daripada si empunya barang. Selepas mendapat barang itu perlu mengucapkan ‘terima kasih’ dan dibalas dengan ucapan ‘sama-sama’. Inilah nilai murni yang kami mahu terap di dalam diri setiap individu.” Tambah Syed Azmi, rata-rata yang datang ke pasar ini adalah orang yang memang memerlukan barang berkenaan. Oleh sebab itu, tidak pernah timbul kekecohan mahupun insiden berebut barang di setiap lokasi pasar percuma yang diadakan. “Mereka hanya akan ambil barang yang mereka mahu. Jika barang itu lebih berguna untuk orang lain, mereka tidak akan minta. Setiap orang yang datang ke pasar percuma akan dilayan sama rata. Tiada kaya mahupun miskin. Ini kerana walaupun dia kaya, dia mungkin lebih memerlukan sesuatu barang itu melebihi orang yang kurang mampu. Saya mahu kikis cara pemikiran orang ramai yang suka menghakimi dan menilai seseorang itu. Jadi, siapa kita untuk menilainya,” ujarnya.

Sedekah mana yang tidak perlu, ambil percuma mana yang perlu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.