Dunia Si Kecil

Anak Berita Mengenai

Jelita - - Muka Depan -

DUA TAHUN KE ATAS: Kajian telah menunjukkan bahawa anak berumur dua tahun ke bawah tidak boleh didedahkan kepada televisyen atau komputer kerana ia boleh mengganggu kadar kecerdasan minda. Sebaliknya, pada umur sebegini mereka memerlukan aktiviti rangsangan fizikal seperti bermain dengan ibu bapa dan barangan mainan yang sesuai.

DUA JAM SEHARI: Jika terlebih, ia juga akan medatangkan kesan buruk kepada minda seperti ketagihan dan kelekaan.

DUA HALA: Pastikan program televisyen atau permainan komputer mereka mempunyai elemen interaktif di mana mereka boleh mempelajari sesuatu daripadanya.

DUA PIHAK: Paling terbaik jika ibu bapa dapat duduk bersama mereka ketika menonton TV atau bermain komputer sambil menjadikannya suatu aktiviti keluarga. Jangan biarkan mereka berseorangan tanpa pengawasan ketika menggunakan gajet.

Zaid Mohamad adalah Pembimbing Ibu Bapa Bertauliah dari CoachParenting USA, penulis buku terlaris “Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat,” kolumnis mingguan dan sering muncul di TV dan radio. Sila lawati Facebook Zaid Mohamad atau laman web www.SmartParents.com.my.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.