Titik Hitam

Bunuh Ibu Mentua Tanpa Niat

Jelita - - Muka Depan -

Tidak dinafikan, hukum memakai bau-bauan terutama yang mengandungi alkohol di kalangan wanita masih menjadi tanda tanya. Ada yang berkata ianya dibenarkan dan ada juga yang mengatakan sebaliknya. Yang mana satu ya?

Menyukai kecantikan dan wangian adalah fitrah. Kerana Allah juga indah dan menggalakkan ham baNya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A’raaf, ayat yang ke-31: “Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.” Hal ini diperjelaskan oleh pendakwah bebas, Ustaz Shahrizan Daud at Turabi. Ujar beliau, pemakaian bau-bauan amat digalakkan dalam Islam. Ini kerana Allah SWT amat suka jika umatnya sentiasa berbau harum terutama sewaktu mendirikan solat. “Menerusi hadisnya, Rasulullah SAW pernah melarang umat Islam agar tidak pergi ke masjid dalam keadaan badan berbau busuk. Terutama mereka yang makan bawang putih serta makanan yang boleh mencetuskan aroma tubuh yang tidak disukai dan masuk pula ke kawasan tempat awam. Ini menjelaskan bahawa Islam menitik beratkan keselesaan dan kebersihan kepada umatnya. Justeru Islam tidak melarang umatnya untuk memakai bau-bauan selagi ianya mengikut had yang ditetapkan agama,” katanya. Menurut Ustaz Shahrizan lagi, hukum memakai minyak wangi bagi wanita terbahagi kepada empat iaitu harus, sunat, wajib dan haram.

Harus

Secara umumnya hukum memakai minyak wangi adalah harus bagi wanita terutama sewaktu suami berada di rumah terutama apabila ingin melayan suaminya. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangiwangian. Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud, “Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu...” (Riwayat an-Nasa’i dari Abu Hurairah). Ini bermaksud wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya. Termasuklah memakai minyak wangi untuk menyenangkan suami.

Makruh

Hukum memakai wangian ketika berpuasa adalah makruh. Para ulama telah bersepakat dan ada penjelasan mengenainya di dalam bab berpuasa. Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “Makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa.” Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak. “Tidak timbul isu berkaitan dengan kandungan alkohol di dalam minyak wangi kerana alkohol yang digunakan tiada kaitan dengan arak. Justeru wangian itu tidak najis dan boleh dipakai. Namun, jika wangian itu diperbuat daripada arak (najis), barulah haram sama seperti memakai bauan yang mampu menarik perhatian terutama kaum lelaki jadi hukumnya haram,” tambahnya lagi. Ujar Ustaz Shahrizan lagi, haram bagi wanita memakai minyak wangi atau alat solekan yang berbau wangi di luar rumah berdasarkan hadis berikut, “Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina.” (Abu Dawud, Tirmidzi) Nabi SAW bersabda “Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah) Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan dia berbau wangiannya, lalu beliau menegur “Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa Allah SWT tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi.” (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi) Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda, “Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian... (penzina)” (Riwayat Tirmidzi) Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.

Ustaz Shahrizan Daud at Turabi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.