Set wangian hebat SilkyGirl & Silky Men

Bernilai RM280

Jelita - - Muka Depan -

Semua tahu akan populariti Britney Spears yang juga ikon global dan dikagumi ramai. Selain menjadi penghibur, dia terkenal dengan ciptaan wangiannya sendiri dan sejak 2004, dia telah melancarkan 17 wangian yang laris. Kini, Britney Spears memperkenalkan wangian terbarunya, Fantasy Britney Spears Intimate Edition, dengan baunya yang sensual dan romantik bagi menyerlahkan fantasi sesi intim anda! Lebih menarik botol wangian ini menyerlahkan sentuhan romantis kerana botol putih ini dihiasi dengan kolar emas dan sentuhan kristal merah jambu. Wangian ini dirumus dengan campuran laici serta digabungkan dengan daun violet dan percikan lemon Itali memberikan sensasi yang menyeronokkan. Selain itu, wangian ini juga menggabungkan gula perang dan bunga melati serta dibaluti dengan Muguet, memberi kesan yang sensual kepada si pemakai. Notnya yang terakhir menyempurnakan wangian ini dengan vanila dan kasturi untuk mewujudkan aroma yang menggoda. Wangian Fantasy Britney Spears Intimate Edition ini dapat membuatkan setiap wanita berasa yakin dan cantik dengan apa yang digayakannya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.