Reviu

Cipta Minuman Ala Kafe

Jelita - - Muka Depan -

Menjengah ke restoran indah berdua, disajikan pula dengan makanan enak pasti memberikan kepuasan tak terhingga. Eratkan hubungan bersama yang tersayang dengan hidangan kegemaran disulami suasana romantik memikat hati.

MENU THAI

Pakar dalam masakan asli Thai, restoran Ma-Ni Thai Cuisine memberi peluang kepada pengunjung menikmati hidangan lazat dengan persekitaran indah mendamaikan. Pelbagai menu menarik yang boleh dipilih bersesuaian dengan selera. Restoran dan vila dengan batu bata berwarna oren berhias kehijauan flora ini membangkitkan ketenangan bagi mereka yang ingin lari dari hiruk piruk kota. Menjanjikan yang terbaik antara makanan dan penginapan elegan, ia dijamin menjadi tempat santai yang sesuai untuk berdua mahupun seisi keluarga. MESTI CUBA: Chicken Green Curry, Tom Yam Seafood, Fried Chicken with Lemongrass and Garlic, Claypot Glass Noodle with Prawn, Sweet Prawns with Coriander and Crispy Fried Onions, Phat Phak Kud dan Mango Sticky Rice. Mencuba Tom Yam Seafood adalah satu kemestian bagi setiap pelanggan yang singgah ke sini. Tidak seperti tomyam biasa, ia ditambah dengan santan. Menerima sentuhan chef yang hebat menjadikan rasanya lengkap dengan gabungan pedas, masam dan manis menepati selera umum.

HIDANGAN MODEN BARAT

Menjadi tempat pilihan warga kota, Acme Bar & Coffee atau dikenali dengan ABC menawarkan variasi makanan enak ala Barat. Semua hidangan yang ada di sini berorientasikan comfort food tetapi di masak dengan kreativiti sendiri menjadikannya unik. Konsep keseluruhan restoran ini lebih menumpukan kepada ciri kafe moden dengan suasana ceria. Sesuai dikunjungi untuk menjamu selera dan bersantai menghilangkan tekanan kerja, mahupun berjanji temu dengan yang tersayang.

MESTI CUBA: Grilled Marinated Lamb Shoulder, Charred Angus Flank Steak, Pan-Seared Perch, Sizzling Spring Chicken Hot Plate dan Sizzling Brownie & Oreo Ice Cream. Kepada penggemar daging, anda perlu mencuba Grilled Marinated Lamb Shoulder. Ini kerana ia dipanggang sempurna dengan saiz yang besar. Dagingnya yang lembut hasil perapan sempurna dengan sos kicap cili resepi khas ABC mengeluarkan jus saat dijamah. Setiap gigitan memberikan kepuasan. Hidangan pencuci mulut kombinasi panas dan sejuk, Sizzling Brownie & Oreo Ice Cream memberikan rasa keterujaan dalam setiap suapan. Pemanis mulut yang penuh dengan rasa coklat ini pasti akan menggembirakan sesiapa saja yang menikmatinya.

Grilled Marinated Lamb Shoulder diperap sempurna menghasilkan rasa enak tak terkata. Harga: RM20 – RM80 / hidangan. Alamat: The Troika, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur.

Harga: RM10 – RM70 / hidangan. Alamat: No. 26, Bt 3/4 Jalan Changkat Asa, Hulu Bernam, 35900 Selangor. Sweet Prawns with Coriander and Crispy Fried Onions juga menjadi hidangan kegemaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.