Direktori

Di Mana Nak Beli?

Jelita - - Muka Depan -

Penggemar piza kini boleh menikmati enam jenis pan piza baru yang menampilkan inti lazat yang lebih padat pada harga RM6.90 untuk setiap pembelian piza saiz sederhana yang dibawa pulang. Pelanggan boleh memilih salah satu daripada enam inti baru iaitu Tropical Crab, Hawaiian Sensation, Island Chicken, Chicken Overload, Blazing Chicken dan Syok Sambal menerusi promosi Awesome Loaded yang bermula 4 Januari lalu. Bagi pelanggan yang memilih untuk menjamu selera di restoran, Pizza Hut menawarkan promosi Awesome Meal pada harga serendah RM10.90 untuk seorang. Tawaran ini termasuk satu piza Awesome, satu hidangan sampingan dan minuman. Pelanggan yang memilih khidmat penghantaran, mereka pula boleh memilih promosi Awesome Combo untuk dua & tiga piza Awesome bersaiz sederhana pada harga RM29.90 & RM39.90. Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai kelazatan kesemua piza ini dengan harga yang cukup berpatutan. Promosi ini diyakini mampu memberikan kepuasan maksimum kepada setiap pelanggan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.