Menangi 35 Set Rangkaian SILKYGIRL Dan SG Men Bernilai RM150 Setiap Satu!

Kupon menang wangian

Jelita - - Muka Depan -

Seperti jatuh cinta pandang pertama, cinta pada haruman pertama akan sentiasa dikenang tak kira di mana jua anda berada. Lebih-lebih lagi bila semburan haruman yang manis mengembalikan kenangan indah bersama teman sehati anda. Memperkenalkan koleksi wangian romantik SILKYGIRL SweetHeart Eau de Toilette dan SG Men Fantasia Eau de Toilette yang kini berwajah baru dengan kemasan kotak yang lebih bergaya. Setiap wangian dalam rangkaian SILKYGIRL SweetHeart EDT mengandungi haruman floral fruity yang berbeza dan mempesonakan. Ia juga dirumus dengan ramuan istimewa yang dapat melembabkan kulit agar harumannya kekal lebih lama. Manakala rangkaian SG Men Fantasia EDT menawarkan haruman maskulin yang memberi rasa yakin, bebas dan perasaan senang pada badan si pemakai. Di samping itu, ramuan Sensfeel™ yang istimewa dapat menyerlahkan daya tarikan dan keyakinan seseorang lelaki. Koleksi ini juga boleh didapati dalam rangkaian deodoran spray dan deodoran bebola. Dirumus khas dengan ramuan anti-bakteria agar anda kekal segar dan wangi sepanjang hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.