INSPIRASI TAMBAHAN DARIPADA CAT ISTIMEWA

Langgan Majalah Jelita

Jelita - - Muka Depan -

Semua orang menginginkan cat dinding untuk kediaman yang bermutu dan tahan lama. Justeru, Dulux Paints telah melancarkan Dulux Ambiance, satu rangkaian cat dinding dengan kesan khas yang premium. Dulux Ambiance telah dicipta pakar dan pereka warna, berdasarkan formulasi cat yang dipertingkatkan, menawarkan penyelesaian bagi hiasan dinding. Justeru, setiap inspirasi yang dibayangkan pemilik rumah boleh menjadi realiti dengan sentuhan yang lebih peribadi. Rangkaian Dulux Ambiance terdiri daripada Dulux Ambiance Pearl Glo, cat dinding dalaman premium dengan palet warna yang terang, dan cat kesan khas Dulux Ambiance, satu pilihan yang menampilkan tekstur dan kemasan halus seperti linen, marmar, metalik dan baldu. Pakar warna dan dalaman global Dulux juga telah mencipta koleksi Ambiance. Empat koleksi Ambiance iaitu Klasik Mewah, Romantik Anggun, Ekspresi Kreatif, dan Kontemporari Moden adalah idea bertema keindahan yang memberikan inspirasi perjalanan reka bentuk dalaman yang diperibadikan. AkzoNobel, pengeluar cat Dulux turut mengumumkan Monarch Gold sebagai warna bagi 2016.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.