SURAT PILIHAN BULAN INI

Jelita - - Pilihan - AZZRA NURDINIE, MAHKOTA CHERAS

Saya mula mengenali Jelita ketika pertama kali ke rumah rakan lelaki beberapa tahun lalu. Agak terkejut kerana melihat dia memegang majalah Jelita. Rupa-rupanya majalah berkenaan adalah kepunyaan kakaknya dan dia turut membaca majalah itu kerana ada banyak tip kesihatan dan petua yang boleh diamalkan. Kini saya juga menjadi pembaca setia Jelita kerana banyak maklumat berguna yang saya mahu ada di dalam majalah ini. Resipi terutamanya, saya banyak mencuba dan paling saya suka ialah resipi ringkas serta sihat. Malah saya pernah mencuba resipi di dalam Jelita untuk meraikan rakan ketika mereka datang ke rumah. Terima kasih Jelita kerana memudahkan tugas memasak saya.

“Saya banyak mencuba dan paling saya suka ialah resipi ringkas dan sihat.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.