SUMBER ILMU

Jelita - - Pilihan - CIKGU ZAI, BANDAR SUNGAI LONG

Membaca Jelita Januari seperti sirih pulang ke gagang rasanya. Sudah lama saya menunggu majalah kesayangan ini sejak ia tiada di pasaran beberapa bulan lalu. Alhamdulillah, kini saya bersua semula dengan bahan bacaan tradisi saya dan beberapa rakan lain. Sejak bergelar penuntut lagi kami bergilirgilir membeli Jelita kerana kekurangan bajet, tapi apabila masing-masing sudah bekerja, tradisi membaca Jelita masih diteruskan, cuma masing-masing beli sendiri. Tahniah juga atas wadah penulisan yang terasa lebih muda dan energetik. Semoga terus perkasa berkongsi maklumat berguna dengan pembaca lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.