Trik Merias

Bibir Berkilau

Jelita - - Cantik -

Memiliki bibir kering sering buat anda gelisah bila mahu mencalit gincu. Takut nanti hasilnya bercapuk pula. Lebih-lebih lagi, anda jenis yang gemarkan gincu matte. Ini yang dialami Nurshazlina Mohd Kassim. “Saya memiliki bibir yang kering dan sukar untuk mendapatkan hasil riasan yang sempurna,” katanya. Oleh kerana Nurshazlina memiliki bentuk bibir penuh dan agak tebal, mudah untuk menghasilkan riasan bibir mungil untuknya. “Saya memilih gincu daripada rona coklat kemerahan agar sesuai dengan rona kulit sawo matang yang dimilikinya. Kali ini saya kongsikan helah untuk dapatkan riasan bibir berkilau walaupun Nurshazlina memiliki bibir kering,” kata Surya.

Menjadi dambaan setiap wanita untuk miliki bibir mungil, tampak penuh dan berkilauan. Lebih-lebih lagi bibir penuh mampu menaikkan seri wajah terutama solekan ke majlis istimewa.

“Solekan ini buat saya kelihatan lebih segar. Saya sukakan teknik yang digunakan Surya dan hasilnya senyuman saya jadi lebih berseri. Tidak sangka teknik yang digunakan mudah, cuma perlu ikuti turutan dan tip yang diberikan,” – Nurshazlina

Selepas

l Zainu Surya ional Profes olek Jurus

Sebelum

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.