Pembersih Wajah

Jelita - - Cantik -

Terdapat pelbagai jenis bahan dan teknologi pembersih wajah yang ada di pasaran. Bagaimana untuk memilihnya? Ia bergantung pada kesesuaian kondisi kulit dan keselesaan cara penggunaan anda. Ini antara tiga jenis pencuci wajah yang terbaru.

1 Oxy Ultimate Cleanser, RM13.90 Masalah kulit wajah seperti jerawat, kulit berminyak, bintik hitam dan iritasi boleh diselesaikan dengan produk ini. Satu kali membersih saja sudah memadai untuk pastikan kulit anda segar, sihat dan lembap.

2 Face Inc Clear Cleansing Milk, RM58 Seringkali bersolek buat anda ragu-ragu jika anda membersih wajah dengan betul? Produk ini sesuai digunakan untuk anda membersihkan solekan pada wajah. Mengandungi ekstrak Aloe Vera yang berfungsi menanggalkan sel kulit mati dan melembapkan kulit. Cara gunanya, sapu pada keseluruhan wajah dengan menggunakan jari atau kapas. Urut lembut pada kulit dan bilas dengan air.

3 Sorabee Balancing Cleansing Lotion, RM79.50 Sudah menjadi rutin harian untuk anda membersih wajah bila pulang ke rumah setelah seharian terdedah dengan pencemaran udara, matahari dan pendingin hawa. Losyen pembersih ini juga berupaya menanggalkan solekan dengan mencuci secara lebih mendalam dan mengekalkan kelembapan kulit sedia ada. Pam dua hingga tiga kali di atas tapak tangan, gosok secara lembut di seluruh wajah. Kemudian bilas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.