Wangian & Personaliti Anda

Jelita - - Cantik - Teks AIN MAHTHIR Pengarah Seni NURUL ALIAS Foto LILIAN TAN

1Chance Chanel Eau Tendre, RM470 ini berasaskan bunga-bungaan yang menghasilkan bau cukup lembut dan mengasyikkan. Adunan nota buahbuahan, melur, kasturi putih, limau gedang dan quince membuatkan layangan haruman ini terasa seperti dibuai mimpi indah. 2Bath & Body Works A Thousand Wishes Perfume, RM239 pula memiliki haruman mewah dengan nota belimbing dan quince. Ditambah dengan peony dan freesia menjadikan wangian ini berbau manis dan lembut. Botolnya juga menarik dan sesuai untuk dijadikan hadiah. 3Mengandungi nota haruman utama dari oren Belladonna menjadikan bau Victoria Secret Forever Sexy, RM399 (100ml) mewah dan mengghairahkan. 4Sesuai dengan namanya, Enchanteur Celebrate Love, RM33.50 mengandungi haruman romantik dan segar. Adunan sweet red peony, kayu-kayuan dan markisah mencetus rasa cinta dan keterujaan bila anda bersama si dia. 5Aroma sitrus dan bungaan L’Occitane Verveine, RM215 terhasil daripada nota haruman ros, geranium, lemon verbena dan pokok lemon. Percikan baunya menyegarkan! 6The Body Shop Italian Summer Fig, RM109 mengandungi nota utama buah tin dengan daun hijau dan menghasilkan bau segar serta tajam. Ada juga nota haruman mawar dan safron.

Sememangnya ada pelbagai pilihan wangian di pasaran. Ada wanita sukakan wangian dari nota bungaan, kayuan dan buahan, bergantung kepada cita rasa masing-masing. Jika mahu ubah angin daripada koleksi sedia ada, bolehlah semak wangian yang sesuai dengan personaliti anda di sini…

Lebih info dan tip mengenai wangian dan personaliti di jelita.com.my/ kecantikan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.