1,001 KISAH Wangian

Jelita - - Cantik -

Berdasarkan catatan sejarah, masyarakat purba mula menghasilkan wangian daripada pembakaran resin, getah dan kulit kayu. Wangian harum ini digunakan dalam upacara keagamaan untuk memuja dewa dewi agar mendapat keberkatan sepanjang hayat. Malah di dalam proses mengawet mumia golongan raja dan bangsawan, mereka juga menggunakan getah damar, rempah, kayu dan resin sebagai bahan wangian yang dicampur minyak sebelum dikebumikan.

SUMBER AROMA

Pada sekitar abad ke-20, wangian digunakan secara meluas menggunakan bahan semula jadi seperti kelopak bunga. Pada 1920, pengenalan produk baru dalam industri wangian dan penghasilan wangian menggunakan bahan sintetik diperkenalkan. Pada ketika itu, Chanel No 5 antara produk wangian yang berjaya menghasilkan haruman ringan, segar dan menjadi kegemaran ramai.

Memakai pelbagai wangian mampu memberi kesan emosi yang tersendiri. Malah ia juga mencipta kenangan indah dalam hidup anda. Namun, tahukah anda asal usul wangian yang anda gunakan saban hari itu?

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.