JENIS WANGIAN

Jelita - - Cantik -

* Parfum dikenali dengan kandungan ekstrak haruman yang tertinggi dalam hirarki keempat-empat jenis wangian. Ia mampu bertahan enam hingga lapan jam penggunaannya. Harganya juga agak mahal berbanding jenis wangian yang lain. Wanita yang mempunyai kulit sensitif lebih sesuai menggunakan wangian ini kerana mengandungi kurang alkohol dan tidak menjadikan kulit anda kering. * EDP pula harganya lebih murah berbanding parfum kerana ia hanya mengandungi 15 peratus wangian sahaja. Harumannya mampu bertahan empat hingga lima jam. Ia juga sesuai untuk penggunaan harian. * EDT sesuai digunakan pada malam hari kerana harumannya mampu bertahan dua hingga tiga jam sahaja. Harganya juga lebih murah berbanding EDP. Istilah EDT berasal dari Perancis iaitu ‘faire sa toilette’ yang bermaksud bersedia. * EDC mengandungi ekstrak haruman lebih rendah berbanding EDT. Harumannya mampu kekal maksimum, dua jam. Kebiasaannya ia hadir dalam botol yang lebih besar kerana lebih banyak wangian boleh digunakan.

Terdapat empat jenis wangian terkenal berada di pasaran iaitu parfum, eau de parfum (EDP), eau de toilette (EDT), eau de cologne (EDC). Setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.