CINTA SEJATI

Jelita - - Istimewa Syahirah -

RAIKAN CINTA DENGAN ENCHANTEUR CELEBRATE LOVE EAU DE TOILETTE

Nikmati keindahan meraikan cinta bersama pasangan setiap hari dengan botol kaca rona merah jambu ini. Setiap usaha kasih sayang adalah bermakna dalam memastikan perjalanan cinta sentiasa menarik dan menjadikan setiap masa yang diluangkan bersama bernilai untuk diraikan. Perlakuan seperti mencium pipi suami menjadikan perjalanan hubungan anda sentiasa hangat dan tidak hambar.

HARUMAN ROMANTIK SEGAR

Hasil gabungan letusan segar bergamot, pic putih dan nanas. Disemarakkan lagi dengan bunga peony merah dan markisa menjadikannya simbolik kepada rasa cinta dan kegembiraan bila bersama. Kehangatan kayu cedar, ambar dan kasturi melengkapkan lagi sensasi haruman ini bagaikan keselesaan dan kehangatan pelukan pasangan bercinta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.