SIMBOLIK KEINTIMAN

Jelita - - Istimewa Syahirah -

KEKAL MENGGODA DENGAN ENCHANTEUR PASSIONATE LOVE EAU DE TOILETTE

Haruman dalam botol kaca berwarna merah ini menjadi sumber inspirasi buat pasangan yang telah lama bercinta dengan wangian yang menggoda dan menyemarakkan keghairahan dalam intimasi percintaan. Ia menerjah jauh ke dalam aspek menarik dan teristimewa sesebuah hubungan yang komited agar cinta terus bersemarak.

HARUMAN BUNGA

Ekstrak Bergamot Sicily, beri merah liar dan pic merah jambu menyemarakkan kasih sayang pasangan anda. Wangian memukau kristal ros hitam dan kelembutan violet menusuk kalbunya. Haruman berpanjangan dari ramuan ambar dan kayu cendana membangkitkan ingatan pasangan kepada anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.