Bual Bicara Cantik

Jelita - - Cantik -

1 Di antara empat produk ini yang mana satu menjadi kegemaran anda? White Lucent Night Cream kerana menggunakan konsep terbaru yang membantu ia bekerja di dalam moonlight factor yang membaiki keadaan kulit ketika tidur. Saya juga sukakan teksturnya. Walaupun ianya krim, namun selepas menggunakannya ia tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit.

2 Apa yang dimaksudkan dengan ‘moonlight factor’? ‘Moonlight factor’ itu merujuk kepada keadaan pada siang hari, kita terdedah dengan pelbagai risiko yang boleh merosakkan kulit. Ini sebenarnya kunci utama terjadinya rona kulit tidak sekata dan tompokan hitam. Kajian yang kami jalankan mendapati kulit kita ada ‘moonlight recharge factor’ yang membantu membaiki kerosakan yang dialami pada siang hari.

3 Apakah teknologi yang digunakan dalam penghasilan produk ini? Kami menggunakan SakuraResist Technology di mana Japanese cherry blossom digunakan untuk membantu mengurangkan kehadiran tompok hitam pada kulit. Ia juga membantu kulit menjadi lebih berseri.

4 Boleh terangkan sedikit tentang White Lucent MicroTargeting Spot Corrector? Produk ini dicipta hasil inspirasi daripada rawatan laser untuk memudarkan tompok gelap pada wajah. Ia dinamakan MicroTargeting kerana fungsinya yang mampu memudarkan tompok gelap sehingga ke saiz paling kecil sekali. Kebiasaannya tompok gelap sebegini terdapat di atas tulang pipi yang jelas kelihatan walaupun kecil.

5 Apakah perbezaan produk ini berbanding yang lain di pasaran? Terdapat empat produk yang mempunyai fungsi dan keistimewaannya tersendiri. Bergantung kepada keadaan dan masalah tompok gelap yang dihadapi, anda boleh menggunakan salah satu daripadanya atau empat produk ini sekali gus. Produk ini juga boleh digunakan untuk menjaga hasil rawatan laser supaya kekal lebih lama.

Peluang bertemu Mitsuyo Iijima dari Unit Kumpulan Penjenamaan Shiseido yang diterbangkan dari Jepun dimanfaatkan sepenuhnya dengan pelbagai pertanyaan diajukan mengenai produk pencerahan ini.

Mitsuyo Iijima.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.