RIASAN Melodrama Alun Lepas

Jelita - - Cantik -

Perasaan berdebar menanti suami tercinta pulang daripada kerja untuk meraikan hari istimewa. Hati juga gelisah memikirkan solekan apa hendak dipilih. Manakan tidak, anda pastinya mahu berias cantik buat yang tersayang sementelah momen indah bersama…

Rambut tekstur beralun dilepaskan bagi menyempurnakan gaya. Oleskan gincu rona jingga dan lengkapkan riasan mata dengan layangan maskara tebal. Teknik solekan ini menjadikan wajah tampak ringkas namun memukau.

Tip Bulu Mata Nampak Lebat

Letakkan sedikit bedak di atas bulu mata menggunakan berus. Kemudian baru layangkan maskara.

Konsep, Teks & Penyelaras AIN MAHTHIR Arahan Seni NURUL ALIAS Foto ROBIN YONG Solekan SAPHIRA KAZARUDDIN MENGGUNAKAN MAKE UP FOR EVER Dandanan JUNO KO Pakaian ZALORA Aksesori AISHA WONG & ZALORA Shiseido Maquillage Lasting Foggy Brow, RM42.40

Collection Eyes Uncovered Nude Bronze, RM36

Kerastase Mousse Bouffante, RM58

Lancôme My Parisian Blush, RM145

Pemegang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Skrin 2015, dia juga memiliki pakej lengkap dengan bakat dan wajah yang cantik. Antara drama lakonannya adalah Kata Hati, Cinta Ibadah dan Bila Hati Berbicara. Dia yang dimaksudkan, Raja Ilya, artis kelahiran Ipoh ini sudi bekerjasama dengan kami untuk dirias wajahnya bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.