Ladenan Ekstra

Spa Premium

Jelita - - Spa -

Daripada pandangan pertama, terasa bagaikan berada dalam klinik rawatan biasa, namun kenyataannya suasana di sini menawarkan lebih privasi. Ageless Medispa yang beroperasi di banglo tiga tingkat di Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur menawarkan perawatan kecantikan daripada rawatan estetik hinggalah yang membabitkan kosmetik. Beroperasi dari Isnin hingga Sabtu, bermula jam 10 pagi hingga 8 malam, anda disarankan untuk membuat tempahan lebih awal. Namun, bagi perawatan spa, anda boleh walk-in saja. Bagaikan ‘syurga’ kecantikan, anda boleh dapatkan pelbagai rawatan untuk masalah seperti selulit, perut buncit, berat badan berlebihan, kulit berjerawat dan berkedut di spa yang ditubuhkan pada 1999 ini. Menurut Dr Alice Prethima Michael, pakar dan pemilik pusat kecantikan ini, ada 88 jenis rawatan termasuk 29 daripadanya adalah prosedur kosmetik, 39 rawatan estetik dan 20 perkhidmatan lain yang disediakan.

TUBUH LEBIH SEGAR

Tiga rawatan dipilih untuk dicuba pada hari lawatan ke Ageless Medispa, iaitu Hyperbaric Oxygen Chamber, Ozonomatic Hydrotheraphy dan Sauna Far Infrared. Sesi rawatan dimulakan dengan Hyperbaric Oxygen Chamber. Pada sesi ini anda akan diminta untuk berbaring di dalam satu kebuk berbentuk seperti tiub. Kemudian oksigen akan dilepaskan bagi membolehkan anda bernafas. Dengan

Menawarkan perawatan unggul Ageless Medispa bersedia membelai anda dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, sama ada rawatan kulit hinggalah ke perkhidmatan spa.

sebegitu banyak oksigen, anda akan melihat kulit yang pernah luka lebih cepat sembuh, menyembuhkan sakit kepala akibat migrain selain melegakan masalah sukar tidur. Usai sahaja, penulis mencuba pula Ozonomatic Hydrotherapy di mana perlu berendam di dalam tab yang dilengkapi beberapa peralatan canggih. Ia bertujuan untuk membuka liang pori bagi membolehkan oksigen dalam darah mengalir lebih lancar selain menghilangkan tekanan. Malah, ia juga mampu menghalang pertambahan selulit dan jerawat. Lebih menarik, ia turut membuang toksin dalam badan, membaik pulih keadaan kulit, menjadikannya lebih lembut dan tegang. Sauna Far Infrared pula seakan sama seperti sauna, namun kadar haba infra merahnya akan membuat anda berpeluh dua hingga tiga kali ganda berbanding perawatan sauna biasa. Manfaatnya, kalori di dalam tubuh akan dibakar sekali gus membantu menurunkan berat badan, mendetoks tubuh selain mengurangkan tekanan. Penulis mendapati, kulit menjadi lebih licin dan tampak berseri kerana kadar kolagen meningkat apabila menjalani rawatan ini. Selesai perawatan dua jam lebih, tubuh terasa lebih ringan, tidur terasa lebih nyenyak dan keesokan harinya, badan lebih cergas daripada kebiasaannya.

TEKNOLOGI TERBARU

Menjadi di antara yang pertama memiliki teknologi Vectra XT 3D di Malaysia, ia berfungsi untuk merevolusikan sesi rundingan dengan membolehkan pelanggan membayangkan hasil selepas prosedur melalui simulasi pengimejan badan dan muka pada 360 darjah dalam resolusi tinggi 3D. “Menerusi teknologi ini, pelanggan akan dapat membayangkan hasil selepas perawatan atau pembedahan. Justeru, mereka akan rasa lebih tenang dan yakin dengan keputusan mereka,” kata Dr Michael.

MENGUTAMAKAN RUANG PERIBADI

Mementingkan ruang peribadi buat pelanggan, anda tidak perlu gusar bila menjalani rawatan di sini. Ada ruang khas yang menyediakan loker untuk menyimpan barang persendirian. Malah susun atur langkah demi langkah rawatan juga cukup profesional. Jarang sekali anda akan terserempak dengan pelanggan lain bila bertukar bilik rawatan. Malah ruang menunggu juga tersedia bilik tertutup yang cukup selesa.

Ruang memba suh rambut selepas rawata n turut rambut disedia kan.

Duduk di bilik Sauna Far Infrared sahaja sudah memadai untuk mengeluarkan peluh.

Ruang untuk perawatan Ozonomatic Hydrotheraphy Ruang menunggu yang kemas dan tersusun rapi menjadikan pelanggan selesa semasa menunggu rawatan. Analisis kulit sebelum wajah an memulak rawatan. Ageless Medispa by Dr Alice Prethima No. 257, Jalan Maarof, Bangsar Park, 59000, Kuala Lumpur, Malaysia

Proses Hyperbaric Oxygen Chamber sedang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.