Minyak Untuk Wajah

Jelita - - Spa -

Kulit yang terdedah kepada sinaran matahari dan pendingin hawa boleh menyebabkan kulit kering, kusam dan tidak bermaya. Pelbagai produk penjagaan kulit wajah ada di pasaran, namun adakah ianya berkesan? Ini antara dua produk terbaharu yang ada di pasaran boleh menjadi pilihan anda.

• Berfungsi memberikan kelembapan serta merta, SK-II Facial Treatment Oil, RM535 adalah pilihan terbaik buat anda yang sering terdedah kepada pendingin hawa atau sinaran UV secara terus. Bahan utamanya adalah Pitera dan Nourishing Oil Complex baru yang mengandungi enam jenis minyak iaitu minyak zaitun Mediterranean semula jadi, jojoba Amerika Latin, avokado Afrika Selatan, Riceterol Ester Jepun dan minyak bran beras serta squalane. Boleh digunakan sebagai pelembap atau asas sebelum menyapukan solekan untuk hasil kulit yang berseri.

• Bagaikan titisan magis, Shu Uemura Skin Perfector, RM260 digunakan pada waktu pagi untuk mendapatkan hasil segera, kulit lembut, licin dan bersinar sebelum memulakan solekan. Pada waktu malam pula, empat atau lima titis diperlukan untuk melindungi kulit dengan berfungsi sebagai minyak intensif dan pelembap yang terdapat dalam pupur wajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.