Kombinasi Warna Semarak Gaya

Jelita - - Pereka -

Cetusan mainan rona membangkitkan aura ceria dan bisa merangkul perhatian sekeliling. Bijak mengadun warna persalinan bersama aksesori sepadan atau kontra serlah gaya anggun ke mana jua.

Jumpsuit tanpa lengan dipadankan dengan baju potongan singkat untuk memberi tema colour blocking dengan tas bimbit kuning terang. Baju cropped, Emanuelle, RM126.90 Jumpsuit, Warehouse, RM569 Tas bimbit, Mekong, RM1,199 Rantai, Zalora, RM118.90

Perkara pertama yang dilihat ketika memilih pakaian ialah warna. Lazimnya ramai tidak berani mencuba padanan berbeza namun permainan warna ini memberi lampu hijau untuk anda menonjolkan karekter tersendiri dan pastinya menyerlahkan lagi seri busana anda. Jelita memberi ilham gaya di halaman selanjutnya untuk inspirasi kepada pembaca.

Padanan rona sama untuk baju dan aksesori memberi kesepaduan pada pakaian anda. Baju, RM39.90 dan seluar, RM49.90, keduaduanya daripada Nichii Beg, Carlo Rino, RM499 Kasut, Aldo, RM399 Rantai, Voir, RM23.90 Cincin (dari loket rantai), Aisha Wong Accessories, RM24

Baju panas kelihatan formal apabila dipadankan dengan seluar palazzo dan tas tangan rona jingga ini. Rona jingga sebegini sesuai untuk si pemakai yang kreatif dan ceria. Baju, Nichii, RM49.90 Seluar, Zona, Metrojaya, RM189.90 Beg bimbit, Sakura Malaysia, Shoes Shoes Shoes, RM218 Rantai, RM39 dan cincin, RM10, kedua-duanya daripada Aisha Wong Accessories Anting-anting, Red’s Revenge, RM12

Gaun mengikut potongan badan menyerlahkan susuk tubuh anda dan sesuai dipadankan dengan aksesori minimal. Dress paras lutut, Oasis, RM339 Rantai, Red’s Revenge, RM39 Tali pinggang, milik penata gaya.

Warna pop tas tangan memberi kesegaran pada gabungan rona dan tekstur ini. Dress pendek, Voir, RM179.90 Jaket, Soda, (harga tidak dinyatakan) Gelang, Voir, RM45 Beg, Lewre, RM199 Cincin (dari loket rantai), Aisha Wong Accessories, RM24

Blaus kuning floral menyerlahkan gaya dengan padanan rona biru pada tas bimbit dan seluar panjang. Baju, Oasis, RM279 Seluar, Emanuelle, RM115.90 Tas bimbit, Red’s Revenge, RM199.90 Kasut, Lewre (di halaman 72), RM259

Melangkah lebih berani dengan baju merah menyala serta aksesori statement untuk padanan bergaya. Baju, East India Company, Metrojaya, RM169 Rantai, RM49 & antinganting, RM29, keduaduanya daripada Aisha Wong Accessories

Statement pada baju dengan padanan colour block mencuri tumpuan tanpa perlu aksesori berat untuk gaya berani. Baju, Oasis, RM279 Seluar, Emanuelle, RM136.90 Tas tangan, Red’s Revenge, RM79.90

Kelihatan feminin dan ringkas apabila menyarung shift dress. Lebih menarik lagi apabila dipadankan dengan tas sampul untuk gaya yang ringkas, namun cantik. Dress pendek, F Block, RM49.90 Tas sampul, Zalora, RM49 Gelang, Voir, (harga tidak dinyatakan) Kasut, milik penata gaya

Penyelaras Fesyen FAUZIAH FAIZ Pembantu AIN MAHTHIR & AYU NADIRAH Pengarah Seni ZULKIFLI SULAIMAN & YANTIE BASHARUDIN Solekan & Dandanan KELRINA Foto KEENKY YONG Lokasi SOL STUDIO

Baju dan skirt polos rona neutral tampak menawan dan harmoni dengan gandingan tas tangan senada. Baju, Emanuelle, RM89.90 Skirt, Zona, Metrojaya, RM147.90 Beg, Carlo Rino, RM399 Subang, Aisha Wong Accessories, RM25

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.