Koleksi Buat Penggemar Jubah Hitam

Jelita - - Snippet Fesyen -

Himpunan koleksi jubah hitam Jumana bersama duta rasminya, Irma Hasmie telah didatangkan khas dari Timur Tengah. Ia direka dan dihasilkan sendiri di sana menggunakan fabrik hitam jenis kain kapas Mesir dan kapas satin, bersesuaian dengan cuaca di Malaysia. Saiz yang didatangkan turut menepati saiz wanita tempatan yang secara amnya bertubuh lebih kecil dan rendah berbanding wanita Arab. Selain menawarkan koleksi jubah dewasa dan kanak-kanak, Jumana turut menawarkan khidmat sewaan jubah keraian dan perkahwinan bertemakan Timur Tengah, lengkap dengan aksesori hiasan kepala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.