Setia hanya padanya

Jelita - - Fokus -

Saat-saat manis bersama Alia menjadi kenangan buat dirinya tatkala isteri berada jauh daripadanya. “Saat bersamanya cukup membahagiakan saya. Tidak lama lagi kami bakal menimang cahaya mata, itu sudah cukup membuatkan saya rasa sempurna. Semoga satu hari nanti kami dapat bersatu sebagai sebuah keluarga dan Alia selamat melahirkan cahaya mata kami. Saya amat berharap agar rumah tangga ini kekal hingga ke akhir hayat.” Bagi pasangan yang berhadapan situasi yang sama dengannya, Ashraf suka untuk menasihatkan supaya sentiasa bersabar dengan sebarang dugaan atau cabaran sepanjang hidup berjauhan. Tanamkan sikap saling percayamempercayai di antara satu sama lain. “Bosan dan sunyi antara situasi yang akan menghantui. Tetapi cuba isi masa lapang itu dengan aktiviti yang menyeronokkan. Secara tidak langsung akan mengubat rindu kepada isteri tersayang. Hindari sikap cemburu dan prasangka buruk. InsyaAllah hubungan ini akan kekal walapun tinggal berjauhan,” ujar Ashraf dengan tenang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.