Sunat

Jelita - - Jiwa -

Sunat bagi wanita memakai wangian sewaktu berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya serta sewaktu menyambut tetamu wanita. Ada hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berbau harum tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud, “Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang jelas warna dan tersembunyi baunya,” (Riwayat al-Tarmizi). Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata, “Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah SAW Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah SAW melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi tidak melarang).” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.