TIDAK MELENTING

Jelita - - Inspirasi -

Apabila sudah popular, sudah tentulah setiap tindakan dan tindak tanduknya menjadi perhatian. Pasti ada sahaja kata-kata yang kurang enak dilemparkan kepadanya. Mahu menunjuk dan tidak sedar diri antara yang sering dilabel terhadap dirinya. Namun Syed Azmi tidak pernah ambil hati, malah dia meletakkan semua kesalahan itu di atas bahunya. Ujarnya lagi, jika ada artikel atau post yang dikecam pembaca, itu adalah salahnya kerana cara penulisannya membuatkan orang yang membaca salah sangka. Dia dikira gagal kerana orang ramai tidak faham atau salah anggap mengenai penulisannya. “Penyampaian atau penulisan saya yang kurang baik membuatkan matlamat dan mesej tidak sampai. Apabila saya dikecam, saya tidak mengamuk dan marah kerana semua itu berpunca daripada saya sendiri. Saya yang salah kerana saya yang menulis dan penulisan saya menimbulkan persepsi berbeza di kalangan pembaca,” ujar Syed Azmi. Begitu juga jika ada yang membencinya, semua itu berpunca daripada kesilapannya sendiri kerana mereka tidak faham apa yang ditulisnya. Dia tidak akan membenci orang yang tidak menyukainya kerana mereka sebenarnya tidak bersalah. Semua tindak balas yang diterimanya sama ada baik atau sebaliknya berpunca daripadanya. Jadi, dialah yang bertanggungjawab untuk memperbetulkannya. “Katalah apa sahaja kepada saya, tidak mengapa. Lazimnya saya lebih suka mendiamkan diri daripada memberi sebarang komen kerana tidak mahu memanjangkan isu itu. Ayat yang sama, tetapi jika disampaikan dengan cara yang berbeza mampu membuatkan orang salah anggap mengenai saya. Tugas saya berat sebenarnya dalam memahamkan pembaca mengenai penulisan saya supaya tidak kedengaran riak,” katanya lagi. Biarpun pernah dihujani pelbagai kritikan dan kata-kata yang kurang enak daripada masyarakat, situasi itu tidak pernah mematahkan semangat Syed Azmi untuk terus menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Katanya, dia sangat berharap masyarakat Malaysia mampu hidup dengan aman tanpa bersungut mengenai banyak perkara. “Semua impian boleh dicapai. Berhentilah mengeluh dan jangan cakap tidak boleh. Cuba dahulu. Jika saya boleh buat, anda juga pasti boleh. Tidak perlu membantu secara besar-besaran, bantuan yang kecil juga sudah cukup bermakna. Paling penting bantuan itu sampai kepada mereka yang berhak,” ujarnya.

Syed Azmi (tiga dari kiri) di acara Free Market.

Lagi kisah Syed Azmi bersama warga kurang bernasib baik di

Minta dengan baik jika perlukannya.

Solat Isyak jalanan di Chow Kit berjalan dengan lancar.

jelita.com.my/ Syed selebriti/inspirasiAzmi (tiga dari kiri) di acara Free Market.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.