RAKAN TEMUKAN

Nurfuzianna & Harih

Jelita - - Perkahwinan -

Bagai mimpi menjadi kenyataan, Nurfuzianna Hashim dan Harith Ghani akhirnya disatukan sebagai suami isteri selepas hampir empat tahun menyulam kasih.

Ujar Nurfuzianna atau ringkasnya Nana, perhubungan dengan Harith mula berputik sewaktu sama-sama menyambung pengajian di Lim Kok Wing Universiti sekitar 2011. Itupun mereka hanya mengenali antara satu sama lain selepas diperkenalkan seorang kawan. “Biarpun belajar di bawah satu bumbung, namun kami tidak mengenali antara satu sama lain. Razi, kawan sekolah Harith yang memperkenalkan kami dan dari situlah bibit perkenalan. Kami bermula itupun sekadar kawan biasa,” katanya. Tambah Nana, dia tidak menyangka hubungan itu akhirnya menjadi lebih serius hingga membawa mereka ke gerbang perkahwinan. “Pulang dari mengerjakan umrah, saya bertanya Harith mengenai perhubungan kami. Selepas berbincang akhirnya kami bersetuju untuk bersatu sebagai suami isteri. Tanggal 12 Disember 2014, secara rasminya saya menjadi tunangan Harith. Waktu itu saya cukup gembira dan teruja kerana saya bertemu jodoh dengan lelaki pilihan hati,” kongsinya.

Seminggu kemudian, berlangsung pula majlis sambut menantu di Seremban. Bagi majlis di Dewan Majlis Perbandaran Seremban, mereka memilih konsep moden. Hitam dan ungu menjadi warna tema majlis. Manakala, pelamin dan dewan dihias indah dengan taburan bunga segar pelbagai warna. Tambah Nana, majlis bertandang di Allson Klana Resort, Seremban pula berkonsepkan tradisional Negeri Sembilan. Pada majlis itu, Nana dan suami tampil menggayakan busana songket rona pastel hasil rekaan Zery Zamry. Manakala hiasan majlis dan pelamin mendapat sentuhan Mahligai Kreatif.

“Selesai majlis di Malaysia, kami berdua kemudiannya diraikan lagi di Jakarta. Majlis ini atas permintaan ayah yang mahu kami mengadakan majlis di sana. Kesemua tetamu yang hadir adalah kenalan ayah yang kebanyakannya duta besar dari seluruh negara,” katanya. Bagi majlis ini pasangan memilih konsep kontemporari iaitu dengan menggabungkan budaya Melayu dan Indonesia. Harith tampil berbaju Melayu serta tanjak manakala Nana menggayakan gaun moden rekaan Qudyn Kuala Lumpur. Nana bersyukur, majlis yang dirancang berjalan lancar dan penuh kemeriahan. Paling bermakna buatnya sudah tentulah majlis akad nikah yang amat meninggalkan kenangan terindah buatnya. Majlis itu cukup istimewa kerana dihadiri kaum keluarga yang cukup rapat dengannya. “Dalam rasa gementar saya berasa teruja kerana sudah sah menjadi isteri Harith. Namun, saya menjadi lebih terharu selepas melihat ayah dan abang saya menitiskan air mata untuk melepaskan saya. Harapan saya semoga mahligai yang dibina ini kekal hingga ke anak cucu, dikurniakan cahaya mata serta kami akan sentiasa berada di sisi masing-masing sewaktu susah mahupun senang,” ujar Nana mengakhiri perbualan.

Terpateri sudah janji kasih sayang abadi.

ibubapa a bersam lai Mempe belahpihak. kedua-dua

Harith mengalungkan rantai ke leher Fuzianna sebagai tanda kasih sayang.

Mempelai melangkah yakin ke pentas persada.

Bacaan doa berlangsung untuk memberkati majlis.

Majlis suap beradat memeriahkan suasana.

Pelamin rona putih menghiasi dewan persandingan.

Mempelai mengenakan persalinan biru untuk majlis di Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.