MERIAH DIRAI LIMA MAJLIS

Jelita - - Perkahwinan -

Selepas segala persiapan diatur, akhirnya detik 11 Oktober 2015 yang dinantikan tiba jua. Kedua-dua pasangan kini sah menjadi suami isteri dalam satu majlis akad nikah yang cukup ringkas namun dihias indah bertempat di Hotel One World. Pada hari itu, kedua-dua mempelai menggayakan busana rona putih lambang sucinya ikatan cinta mereka. Usai majlis akad nikah, mempelai kemudiannya diraikan dalam empat majlis resepsi yang berbeza. Majlis persandingan pihak perempuan diadakan di tempat yang sama pada sebelah malam. Bertemakan fairytale princess, Nana dan suami tampil menggayakan busana moden. Nana anggun menggayakan gaun kembang manakala Harith segak menyarung sut. “Busana sewaktu akad nikah hasil rekaan Qudyn Kuala Lumpur. Manakala untuk majlis persandingan saya memilih Zery Zamry. Solekan pula saya menggunakan khidmat lima jurusolek berbeza untuk kesemua majlis. Antaranya Najeeb Azami, Tiar Zainal, Syed Dewa dan Deq Sha. Saya suka gaya solekan berbeza untuk setiap busana yang saya pakai,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.