DAN RAWATANNYA...

Jelita - - Hamil -

1 PEMBEDAHAN LAPAROSKOPI (PEMBEDAHAN LUBANG KUNCI). Jika salur falopian tidak pecah dan kehamilan itu masih awal, pembedahan laparoskopi boleh membuang embrio dan membaiki kerosakan pada salur falopian.

2 PEMBEDAHAN LAPAROTOMY DAN ALPHIGECTOMY: Jika tiub falopian telah pecah, doktor biasanya akan mencadangkan pembedahan perut terbuka kerana ini adalah cara yang paling cepat untuk mengurangkan kehilangan darah. Dalam sesetengah kes, pemindahan darah mungkin diperlukan untuk menggantikan darah yang hilang. Sama ada tiub dan kehamilan itu dikeluarkan bersama-sama atau kehamilan dikeluarkan dan tiub dibaiki bergantung kepada tahap kerosakan tiub tersebut, tahap kesihatan tiub falopian yang satu lagi dan keinginan anda untuk hamil lagi.

3 SUNTIKAN UBAT CHEMOTHERAPY METHOTREXATE Rawatan ini kadang-kala boleh digunakan untuk merawat kehamilan luar rahim dan pesakit tidak memerlukan pembedahan. Rawatan ini lebih efektif pada awal kehamilan, apabila hormon kehamilan masih di tahap rendah dan ia boleh digunakan jika tiada pendarahan berlaku serta tiub tersebut belum pecah. Kehamilan itu akan gugur dan si ibu hanya akan mengalami pendarahan selama beberapa minggu.

Kebanyakan wanita yang pernah mengandung luar rahim, boleh hamil semula dan mempunyai kehamilan serta kelahiran yang normal walaupun satu salur falopian telah dibuang. Selagi mempunyai satu tiub falopian yang sihat, anda boleh hamil. Jika kehamilan luar rahim disebabkan oleh penyakit yang boleh dirawat, seperti penyakit kelamin, rawatan boleh mengurangkan risiko berulang semula untuk kandungan akan datang. Sebaiknya anda boleh mencuba lagi selepas tiga hingga enam bulan selepas kitaran haid menjadi teratur semula.

Anggaran satu dalam 50 kehamilan, zigot (ketulan darah) yang terhasil akibat cantuman sperma dan telur gagal untuk bergerak ke dalam rahim pada jangka masa tertentu. Ada tiga pilihan rawatan kehamilan luar rahim bergantung kepada usia kandungan dan status klinikal pesakit:

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.