Enam Manfaat Mangga Perlu Tahu

Jelita - - Snippet Sihat -

Bukan sekadar buah yang lazat, tetapi kebaikannya untuk tubuh anda tidak dapat disangkalkan.

1 Mencerahkan kulit Pastinya ini jadi idaman setiap wanita dan ia secara semula jadi. Pori wajah dikatakan jadi lebih bersih dan boleh menjauhi jerawat, justeru kulit akan jadi lebih cerah dan sihat.

2 Mengurangkan angka kolesterol Disebabkan kandungan vitamin C yang tinggi, ia mampu mendetoks darah daripada unsur tidak penting seperti kolesterol.

3 Menambah keinginan seksual Kadar kandungan vitamin E di dalam mangga mencetus hormon kegembiraan lantas menambah keghairahan seks, bolehlah dimakan setiap hari.

4 Melenyapkan panas dalam Inilah dia pendingin hawa tubuh secara semula jadi. Panas dalam biasanya disebabkan oleh ginjal dibebani cuaca yang panas. Bila memakan mangga, anda mampu meneutralkan suhu dalam ginjal anda.

5 Membuat mata lebih cerah Jika anda minum secawan jus mangga setiap hari, ia akan mengurangkan tekanan pada mata kerana ia kaya dengan vitamin A. Mata akan kurang rasa lembap.

6 Membaiki sistem pencernaan Disebabkan ia juga padat kandungan serat, sudah tentu mudah untuk anda menyingkir bahan tidak diingini dengan lebih baik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.