Penuhi Selera Menu Eropah Kupang Pedas dengan Tomato dan Daun Selasih

Jelita - - Sajian - Teks & Arahan Seni AYU NADIRAH AYUB Foto

Graduan Sarjana Gastronomi dari Universiti Teknologi Mara, Chef Firdaus Hanan, menjejak populariti sejak muncul dalam siri rancangan memasak di televisyen, mendidik orang ramai dalam menyediakan makanan yang lazat lagi mudah. Dia juga turut muncul sebagai pengkritik makanan di Mangkuk Tingkat dan menjadi hos Makan, program masakan tempatan. Bermula dengan menjadi pelayan di sebuah hotel di Johor, dia kemudian melangkah jauh dengan memasak untuk perniagaan katering dikendalikan oleh keluarganya dan kini menjadi pensyarah di Jabatan Kulinari dan Gastronomi di UiTM Puncak Alam.

Hidangan ala Barat yang berasaskan daging dan pasta pasti akan menambat hati si dia pada hari istimewa. Cuba resipi ini sebagai pelengkap sesi romantis berdua.

SAIZ HIDANGAN: 3 TEMPOH PENYEDIAAN: 30 MINIT

BAHAN-BAHAN

2 sudu besar minyak zaitun 1 ulas bawang kecil, dicincang 3 ulas bawang putih, dicincang 1 sudu teh daun selasih kering ¼ sudu teh kepingan lada merah 200ml stok ikan 100ml air 1 cawan tomato hancur 2kg kupang, digosok dan dibersihkan

CARA MEMBUATNYA

1 Panaskan minyak di dalam periuk. Tambah bawang, bawang putih, daun selasih dan kepingan lada merah. Masak, kacau sekali-sekala untuk tiga minit. Kecilkan api apabila bawang mula bertukar coklat. 2 Tambah stok ikan dan air, masak hingga mendidih dengan api yang besar selama satu minit. Tambah tomato dan kupang. Tutup dan masak hingga kupang mula terbuka, kira-kira enam ke lapan minit. 3 Enak dihidangkan dengan segera bersama hirisan roti Perancis.

ROBIN YONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.