Pasta Ayam

Jelita - - Sajian -

SAIZ HIDANGAN: 2 TEMPOH PENYEDIAAN: 30 MINIT

BAHAN-BAHAN

350g pasta bows (farfalle) 200g brokoli, potong berbentuk bunga kecil 1 sudu besar minyak zaitun 1 dada ayam tanpa kulit, dipotong kiub saiz sederhana 2 ulas bawang putih, dihancurkan 2 sudu besar mustard 1 sudu jus oren 10g badam, diparut dan dibakar

CARA MEMBUATNYA

1 Masak pasta dalam air mendidih, letak secubit garam. Tiga minit sebelum pasta masak, letak brokoli ke dalam air pasta dan biarkan ia terus mendidih.

2 Sementara menunggu pasta masak, perlahan-lahan panaskan minyak di dalam kuali yang besar. Goreng ayam dan kacau sekali-sekala hingga kepingan ayam masak dan keemasan kira-kira lapan ke 10 minit, sambil menambah bawang putih pada dua minit terakhir. 3 Campurkan mustard dengan jus oren di dalam mangkuk kecil. Tuangkan campuran ke atas ayam, dan perlahan-lahan reneh selama satu atau dua minit. 4 Toskan pasta dan brokoli, simpan tiga sudu besar air pasta. Masak pasta dan brokoli dengan ayam, masukkan air pasta dan badam. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan gula dan sedia untuk dihidang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.