Daging Panggang dengan Kentang dan Dill

Jelita - - Sajian -

SAIZ HIDANGAN: 2 TEMPOH PENYEDIAAN: 2 JAM 30 MINIT

BAHAN-BAHAN

Beef Tenderloin 1 ½ biji bawang Holland, dipotong dadu 2 batang saderi, dipotong dadu 2 lobak merah, dipotong dadu 4 biji ubi kentang, dipotong menjadi ketulan sederhana 2½ sudu besar tepung 2 sudu besar mentega 1 sudu teh thyme kering 2 helai daun bay kering 2 sudu besar dill segar, dicincang 300ml brown stock 2 sudu besar black peppercorn, dihancurkan Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA

1 Panaskan ketuhar kepada 140°C. 2 Panaskan mentega dalam periuk besar dengan api yang sederhana. Tambah bawang, lobak merah, saderi, thyme, daun bay kering dan tepung ke dalam periuk. Kemudian, kacau campuran hingga menjadi campuran coklat. 3 Letakkan brown stock dan garam ke dalam periuk dan kacau hingga campuran menjadi pekat. 4 Kemudian, perap daging dengan garam dan lada hitam. Letakkan daging di dalam periuk besar dan panggang selama kira-kira satu minit pada semua sisi hingga ia bertukar keperangan. 5 Seterusnya, letakkan daging lembu panggang pada campuran sayur-sayuran perang tadi. Masukkan kentang kemudian dill segar. 6 Akhir sekali, tutup dan masak di dalam ketuhar selama dua jam. 7 Setelah dua jam, keluarkan dari ketuhar dan sedia untuk dihidang.

Lagi resipi menyelerakan di laman web jelita.com.my/ sajian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.