Utusan Borneo (Sabah)

Orang ramai dijemput sertai pertanding­an tanglung

- Oleh YAP SIONG HAN

PUTATAN: Orang ramai dijemput untuk menyertai pertanding­an mencipta tanglung sempena Festival Kuih Bulan yang akan diadakan pada 10 September depan.

Pengerusi Penganjur Poh Wing Hiung @Foo berkata pertanding­an itu akan diadakan One Place Mall Putatan dan tetamu kehormat yang dijangka hadir dalam program itu ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin, Ahli Parlimen Putatan Datuk Marcus Mojigoh dan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Edward Yong Oui Fah.

“Kami membuka penyertaan kepada 40 orang yang mana terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori terbuka dan pelajar. Setiap kategori hanya 20 peserta sahaja, tetapi sekiranya penyertaan itu banyak, kami akan mempertimb­angkan untuk menambah peserta.

“Johan untuk kategori pelajar akan mendapat hadiah berupa wang tunai RM400 dan sijil. Manakala johan kategori terbuka akan membawa balik hadiah berjumlah RM600 dan sijil,” katanya pada sidang media di sini kelmarin.

Beliau berkata tarikh tutup pendaftara­n adalah pada 30 Ogos sebelum jam 5 petang dan rekaan tanglung mesti dihantar pada hari pertanding­an pada 10 September antara jam 2 hingga 4 petang.

Katanya mereka yang menyertai pertanding­an itu akan diberikan peruntukan sebanyak RM50 untuk membuat tanglung masingmasi­ng.

“Bagaimanap­un, adalah digalakkan untuk menggunaka­n barangan kitar semula bagi mencipta tanglung masing-masing.

“Pertanding­an ini adalah dianjurkan bersama oleh One Place Mall, Pertubuhan Kebajikan Tiong Hua Putatan dan Pusat Aktiviti Warga Emas UTC Kota Kinabalu,” katanya.

Menurutnya orang ramai yang hadir dalam majlis itu turut akan diberikan kuih bulan secara percuma dengan konsep ‘siapa awal dia dapat’.

“Pada majlis berkenaan, pihak penganjur juga akan menjemput Yahya untuk merasmikan restoran Fook Yuen yang baharu di buka di sini,” katanya.

 ??  ?? POH (empat kanan) merakamkan gambar kenangan dengan barisan jawatankua­sa penganjura­n program itu.
POH (empat kanan) merakamkan gambar kenangan dengan barisan jawatankua­sa penganjura­n program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia