Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 200,000 lepasan SPM disasar pilih aliran TVET menjelang 2020

-

IPOH: Seramai 225,000lepasan­Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) disasar memasuki aliran Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) menjelang tahun 2020.

Ketua Setiausaha Kementeria­n Pendidikan Tinggi Tan Sri Dr Noorul Ainur Mohd Nur berkata jumlah tersebut dianggar akan meningkat kepada 301,000 orang menjelang 2025.

“Seperti yang dinyatakan di bawah Rancangan Malaysia ke-11, pada tahun 2020 sebanyak 1.5 juta pekerjaan akan diwujudkan dan 60 peratus daripadany­a berasaskan TVET,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis Konvokesye­n Kolej Komuniti Perak di Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah di Tanjung Rambutan di sini, Ahad lepas.

Pada majlis itu, seramai 692 graduan dari 13 kolej komuniti di Perak memperoleh sijil masingmasi­ng dan daripada jumlah itu 23 pelajar terpilih menerima Anugerah Cemerlang, manakala 17 lagi penerima Anugerah Industri.

Menyentuh mengenai kebolehpas­aran graduan kolej tersebut, Noorul Ainur berkata tahun lalu 97.4 peratus lepasan kolej komuniti mendapat pekerjaan, sekali gus menjadi rangsangan kepada lepasan SPM.

“Malah separuh daripada pelajar yang mengikuti kursus di kolej komuniti merupakan lepasan universiti tetapi masuk ke kolej untuk mendapatka­n Sijil Kemahiran,” katanya.

Seorang wakil industri yang ditemui, Mohammad Hafizi Mohd Radzi Woo berkata lepasan kolej komuniti lebih berkemahir­an jika dibandingk­an dengan pelajar institusi pendidikan lain.

Pereka fesyen dan pemilik butik ‘ FiziWoo’ itu berkata beliau lebih gemar mengambil pelajar kolej komuniti sebagai pelatih memandangk­an mereka mempunyai kepakaran yang khusus.

“Kemahiran pelatih dari kolej kominiti lebih khusus dan lebih tinggi jika dibandingk­an dengan pelatih dari institusi lain yang selalunya lebih kepada teori sahaja.

“Saya harap orang ramai buang stigma yang mengatakan pelajar kolej komuniti tidak akan ke mana-mana kerana mereka sangat mempunyai tempat dalam pasaran kerja,” katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia