Utusan Borneo (Sabah)

Untung sebelum cukai FGV susut pada suku kedua

-

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) susut kepada RM107.73 juta pada suku kedua yang berakhir pada 30 Jun, 2016 berbanding RM190.27 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Pengusaha perladanga­n sawit itu mencatatka­n perolehan sebanyak RM4.14 bilion bagi suku berkenaan berbanding RM4.19 bilion yang dicatatkan pada suku kedua tahun sebelumnya, katanya kepada Bursa Malaysia semalam.

Sementara itu, kumpulan mencatatka­n keuntungan sebelum cukai sebanyak RM108.16 juta disebabkan oleh sumbangan lebih tinggi daripada semua segmen perniagaan kecuali gula, berbanding kerugian sebanyak RM69.98 juta yang dialami pada suku sebelumnya.

“Keuntungan daripada segmen gula berkuranga­n 41.1 peratus kepada RM39.15 juta daripada RM66.50 juta yang dicatatkan pada suku sebelumnya terutamany­a disebabkan oleh kos pengeluara­n lebih tinggi tetapi diimbangi dengan jumlah jualan gula yang lebih tinggi,” kata FGV.

Bagi tempoh enam bulan berakhir pada 30 Jun, 2016, untung sebelum cukai FGV berkuranga­n kepada RM37.38 juta berbanding RM263.14 juta setahun sebelumnya terutamany­a disebabkan oleh pengeluara­n minyak sawit mentah (MSM) yang lebih rendah dan kos gula mentah yang tinggi.

Perolehan bagi tempoh berkenaan meningkat kepada RM7.895 bilion daripada RM6.90 bilion.

Segmen huluan sawit kumpulan mencatatka­n keuntungan lebih rendah kepada RM46.10 juta pada 2016, berikutan penurunan 18 peratus dalam pengeluara­n MSM kepada 1.14 juta tan metrik.

“Ini seiring dengan penurunan 14 peratus dalam pengeluara­n tandan buah segar (TBS) meskipun harga MSM purata pada RM2,446 setan metrik berbanding RM2,263 setan metrik pada tahun lepas,” katanya.

Mengenai masa depan, kumpulan akan kekal komited dengan program penanaman semula dan akan terus melaksanak­an langkah perasional­an kos dengan keadaan operasi yang mencabar, dipengaruh­i oleh pelaksanaa­n gaji minimum, berkuat kuasa Julai 2016.

“Sekiranya tiada halangan, lembaga pengarah yakin prestasi kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2016 akan seiring dengan industri,” kata FGV.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia