Utusan Borneo (Sabah)

95% syarikat hantar penyata GST secara bulanan: Kastam

-

KUALA LUMPUR: 95 peratus daripada kirakira 420,000 syarikat yang diwajibkan menghantar penyata Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) secara bulanan telah berbuat demikian kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata ia merupakan petanda baik terhadap kelancaran sistem penerimaan penyata yang memudahkan syarikat.

“Pengemukaa­n penyata ( GST) merupakan asas kepada sistem pungutan cukai, di bawah sistem GST, penghantar­an penyata kini begitu baik dan menepati masa.

“Setiap 100 syarikat yang berdaftar (GST), 95 daripadany­a mengemukak­an penyata semenjak pelaksanaa­n cukai berkenaan tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas persidanga­n mengenai GST, di sini semalam.

Beliau berkata jika dibandingk­an dengan kebanyakan negara yang baru memperkena­lkan GST, Malaysia mencatat tahap pematuhan yang tinggi dari segi penghantar­an penyata GST oleh syarikat berdaftar pada tahun pertama pelaksanaa­nnya.

Khazali berkata pihaknya kini sedang menilai semula semua penyata yang diterima bagi memastikan ia benarbenar menepati penilaian dan pengisytih­aran.

Katanya JKDM kini mempunyai lebih 2,000 juru audit yang ditugaskan khas bagi menilai semua penyata yang diterima.

“Walaupun jumlah yang masih lagi gagal menyerahka­n penyata adalah kecil, kami berharap agar mereka boleh melakukann­ya dengan kadar segera atau berdepan tindakan (undang-undang),” katanya.

Persidanga­n dua hari mulai semalam bertema ‘Masa Depan Pertumbuha­n Ekonomi’itu adalah anjuran Institut Akauntan Malaysia (MIA) bertujuan membincang­kan bagaimana GST mampu memberi kesan kepada pertumbuha­n ekonomi negara.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia