Utusan Borneo (Sabah)

PTPTN: K’jaan ketepi NPL

-

BAGAN DATUK: Kerajaan sanggup mengetepik­an Hutang Tidak Berbayar (NPL) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) demi memastikan rakyat dapat menikmati peluang pendidikan sehingga ke tahap tertinggi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata jika dilihat daripada sudut komersil, PTPTN bukanlah insitusi kewangan yang berdaya maju disebabkan NPL yang tinggi.

“Sebagai bekas eksekutif bank dan pengerusi bank, (saya lihat) memang PTPTN tidak berdaya maju daripada sudut komersil kerana NPL yang cukup tinggi, lebih tinggi daripada yang membayar.

“(Tetapi) kerajaan sanggup lupakan NPL demi ke bertanggun­gjawab a n untuk lihat rakyat ada peluang pendidikan. Komitmen kerajaan melebihi nilai komersil, melebihi nilai perbankan yang ditetapkan piawaian institusi kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarka­n Geran Sepadan dan Kempen Jom Menabung Tabung bersama Tabung Pendidikan di sini kelmarin, bersempena program Pemukiman Menteri Besar Perak.

Pada majlis itu, seramai 2,000 pelajar dari sekitar Badan Datuk menerima sumbangan tanggungja­wab sosial korporat PTPTN berupa deposit Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dan SSPN-i Plus dengan jumlah keseluruha­n RM200,000.

Menjelas lanjut, Ahmad Zahid yang juga Anggota Parlimen Bagan Datuk berkata penubuhan PTPTN sejak 1997 membolehka­n lebih banyak akses pendidikan tinggi diperoleh rakyat di negara ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia