Utusan Borneo (Sabah)

Suami isteri lega, permohonan ikat jamin dikurangka­n

Permohonan ikat jamin dikurangka­n

-

KOTA KINABALU: Sepasang suami isteri lega, apabila Mahkamah Tinggi kelmarin, mengurangk­an jumlah ikat jamin terhadap mereka yang didakwa atas 37 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM61.48juta. Hakim Ravi

N.Paramaguru membenarka­n rayuan Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 55, dan Fauziah Piut, 52, yang juga dituduh memiliki barangan mewah secara menyalahi undang-undang.

Ag Mohd Tahir dikurangka­n jumlah ikat jamin daripada RM10 juta kepada RM5 juta deposit RM2 juta, yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Fuziah dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1 juta deposit RM500,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Mahkamah juga mengingatk­an kedua- dua tertuduh, sekiranya mereka gagal hadir semasa prosiding, para penjamin harus membayar baki jumlah jaminan berkenaan.

Ag Tahir didakwa atas 11 pertuduhan mengikut Seksyen 4 ( 1) ( b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, kerana memiliki harta berjumlah RM56.9 juta dalam bentuk wang dan simpanan, sebanyak 86 jam tangan dan beberapa kereta mewah.

Semua kesalahan itu dilakukan di pejabat bekas pengarah Jabatan Air, Graceville di Sembulan, OCBC Bank dan UOB Bank, Kingfisher Sulaman, di sini, pada 4 Oktober hingga 4 November tahun lalu.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) akta sama, atas pertuduhan terlibat dalam transaksi haram melibatkan RM14,000 yang diserahkan kepada Cristine Fiona M Ponsoi di Puncak Luyang, Condo, pada 4 Oktober tahun lalu.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Fauziah menghadapi 19 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama, kerana memiliki wang tunai sebanyak RM2.2 juta dan juga simpanan.

Kesalahan itu didapati dilakukan di Townhouse Graceville Sembulan, Bank Islam, CIMB, Bank Rakyat, di sini dan di Menara PNB, di Kuala Lumpur, pada 4 Oktober hingga 4 November tahun lalu.

Suami isteri terbabit juga didakwa bersama atas dua pertuduhan memiliki barangan kemas, barangan perhiasan mewah antaranya beg tangan, pada 4 Oktober tahun lalu di Graceville, Sembulan, yang mana didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Pada 29 Disember tahun lalu, mereka bersama bekas penasihat Kementeria­n Kewangan Sabah dan jurutera teknikal Lim Lam Peng, 62, didakwa atas semua pertuduhan itu dan mengaku tidak bersalah.

Mahkamah Sesyen memberikan ikat jamin terhadap Ag Tahir dan Fauziah, masing- masing sebanyak RM10 juta dan RM2 juta yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Bagaimanap­un, mereka gagal membayar penuh jumlah ikat jamin berkenaan dan terus direman.

Manakala, Lim dibebaskan selepas membayar ikat jamin sebanyak RM1 juta, melalui draf bank.

Peguam P J Per ira bertindak untuk Ag Mohd Tahir dan isterinya, serta dibantu oleh peguam Hairul Vaiyron dan Ariel Dasan.

Timbalan Pendakwara­ya Anas Mahadzir mewakili pendakwaan.

Hakim Ravi N. Paramaguru membenarka­n rayuan Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 55, dan Fauziah Piut, 52, yang juga dituduh memiliki barangan mewah secara menyalahi undangunda­ng

 ??  ?? FAUZAIH menutup wajahnya.
FAUZAIH menutup wajahnya.
 ??  ?? AG Mohd Tahir (tengah) keluar dari kamar mahkamah.
AG Mohd Tahir (tengah) keluar dari kamar mahkamah.
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia