Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan belum putuskan: Liow

Beri ganjaran bagi penemuan pesawat MH370

-

Saya tegaskan kita tidak akan buat apaapa keputusan selagi tidak ada bukti nyata yang dapat kita tetapkan.”

BAGAN DATUK: Kerajaan belum memutuskan untuk memberi ganjaran wang kepada mana-mana pihak yang menemukan bangkai pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata biarpun menerima banyak cadangan daripada pelbagai pihak, namun pihaknya tidak akan membuat sebarang keputusan selagi tidak menemui bukti dan penemuan yang kukuh.

“Cadangan ini (pemberian ganjaran) daripada Timbalan Menteri (Datuk Abdul Aziz Kaprawi) dan saya juga terima banyak cadangan daripada beberapa pihak mengenai bagaimana kita hendak meneruskan usaha misi pencarian MH370.

“Saya tegaskan kita tidak akan buat apa- apa keputusan selagi tidak ada bukti nyata yang dapat kita tetapkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran akaun rasmi

DATUK SERI LIOW TIONG LAI Menteri Pengangkut­an

aplikasi WeChat ‘My Perak’ di Hutan Melintang di sini kelmarin.

Dalam pada itu, Liow berkata meskipun usaha pencarian selama dua tahun setengah pesawat malang itu kini digantung setelah gagal membuahkan hasil, namun ia tidak bermakna kerajaan Malaysia menghentik­an terus misi pencarian itu.

“Kita masih meneruskan melihat bukti dan perincian serta akan terus memberikan jawapan berterusan kepada keluarga mangsa untuk menyelesai­kan isu ini.

“Kapal pencarian akan tiba di pelabuhan di Perth Ahad ini dan saya bersama Menteri Pengangkut­an ( MOT) Australia akan berada di sana bagi melihat data pencarian dan dalam masa yang sama mahu berterima kasih kepada pasukan pencari,” katanya.

Malaysia, Australia dan China pada Selasa mengeluark­an kenyataan bersama bagi mengumumka­n bahawa usaha pencarian dasar laut pesawat MH370 kini digantung, dengan kapal mencari terakhir dalam operasi itu meninggalk­an kawasan pencarian seluas 120,000 kilometer persegi di selatan Lautan Hindi.

Insiden kehilangan pesawat MH370 menjadi kes paling misteri dalam sejarah nahas udara selepas pesawat Boeing 777 bersama 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar ketika dalam penerbanga­n menuju ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac 2014. -Bernama

 ??  ?? LIOW melancarka­n aplikasi WeChat ‘MyPerak’ kelmarin. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri Perak Datuk Dr Mah Hang Soon (kiri). GambarBern­ama
LIOW melancarka­n aplikasi WeChat ‘MyPerak’ kelmarin. Turut hadir Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri Perak Datuk Dr Mah Hang Soon (kiri). GambarBern­ama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia