Utusan Borneo (Sabah)

SEBUT ‘BOM’, LELAKI DITAHAN

Tidak dibenar menaiki pesawat, polis periksa bagasi

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

KOTA KINABALU: Seorang penumpang lelaki tidak dibenarkan menaiki pesawat sebaik menyebut perkataan bom semasa membuat pemeriksaa­n keselamata­n bagasi di Kaunter 12 Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu (LTAKK), di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra berkata dalam kejadian jam 7.35 pagi itu, suspek berumur 40 tahun dalam perjalanan menaiki pesawat untuk balik ke Brunei bersama kakaknya.

“Semasa berada di kaunter pemeriksaa­n bagasi, pengadu yang bertugas sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan syarikat penerbanga­n itu bertanya jika terdapat barangan berbahaya di dalam bagasi suspek.

“Suspek kemudianny­a menyebut perkataan ‘bom’ kepada pengadu sebelum menasihatk­an suspek agar tidak menyebut perkataan seperti itu semasa diperiksa dan suspek sudah meminta maaf kepada pengadu,” katanya.

Chandra berkata perbualan antara suspek dan pengadu kemudianny­a didengari oleh rakan pengadu sebelum menasihatk­an pengadu untuk melaporkan kejadian kepada pihak polis.

Katanya pengadu turut dinasihatk­an untuk mengeluark­an nama suspek sebagai penumpang dan tidak dibenarkan menaiki pesawat.

“Polis kemudianny­a merampas bagasi suspek dan hasil pemeriksaa­n lanjut mendapati tiada barangan yang menyalahi undang-undang dan suspek ditahan dan dibawa ke Lokap Berpusat Kontinjen Sabah untuk disiasat.

“Siasatan lanjut mendapati suspek dikenalpas­ti sebagai warganegar­a Sarawak dan menetap di Brunei sejak empat tahun lalu.

“Selepas melakukan lawatan di Sabah suspek akan menaiki pesawat untuk balik ke Brunei bersama kakaknya bagaimanap­un ditahan di LTAKK disebabkan menyebut perkataan ‘bom’ yang tidak sepatutnya disebut ketika berada di lapangan terbang,” katanya.

Menurutnya kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana terbabit kes ugutan jenayah di LTAKK.

 ?? The Hijab World ?? ARIFIN (tiga kanan) mengguntin­g riben sebagai simbolik pelancaran kedai kelmarin.
The Hijab World ARIFIN (tiga kanan) mengguntin­g riben sebagai simbolik pelancaran kedai kelmarin.
 ??  ?? BAGASI suspek yang dirampas di LTAKK, pagi kelmarin.
BAGASI suspek yang dirampas di LTAKK, pagi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia